Tiket Balik Sarawak RM3,300, Alena Murang Kecewa Dengan Syarikat Penerbangan Tempatan

Hiburan

Tiket Balik Sarawak RM3,300, Alena Murang Kecewa Dengan Syarikat Penerbangan Tempatan

Penyanyi kelahiran Bumi Kenyalang, Alena Murang meluahkan rasa kecewa dengan tindakan syarikat penerbangan tempatan kerana mengambil kesempatan menaikkan harga tiket apabila tiba sahaja musim perayaan hari Natal yang akan diraikan tidak lama lagi.

Ujar Alena, dia berdepan situasi harga melambung tinggi itu buat kali pertama sepanjang tempoh 30 tahun sekaligus membuatkan dia dan ramai lagi orang di luar sana terpaksa menanggung rindu kerana tidak dapat bertemu saudara mara berikutan faktor kewangan yang merudum kala ini.

Advertisement

Perkara tersebut diluahkan Alena menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Tulisnya lagi, harga tiket penerbangan untuk pulang ke Kuching, Sarawak dari Kuala Lumpur bernilai ribuan ringgit, sama seperti tiket untuk melancong ke luar negara.

Jika kalian tahu betapa sedihnya orang Sarawak yang tak dapat pulang ke kampun tahun lepas kerana lockdown dan tahun ini tolonglah berhati perut sedikit.

Alena dalam pada itu turut merayu kepada syarikat penerbangan terlibat agar menurunkan sedikit harga tiket ataupun sekurang-kurangnya memberi penjelasan logik di sebalik kenaikan yang baginya, sangat melampau dan tidak masuk akal.

“Saya juga tahu harga akan naik melambung setiap kali musim perayaan, tapi saya tak pernah berdepan situasi harga setinggi RM3,300 sepanjang tempoh 30 tahun hinggalah tahun ini.” tegasnya lagi.

Luahan hati Alena itu juga telah mendapat perhatian beberapa rakan selebriti seperti Marsha Milan Londoh dan juga Loca B.

Tiara Jacquelina
2 years ago

Demi Menjaga Budaya Orang Asia, Tiara Jacquelina Tolak Peluang Ke Hollywood

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...