Tiket Avengers: EndGame Dijual Kembali RM2094 Di AS

Trending

Tiket Avengers: EndGame Dijual Kembali RM2094 Di AS

Peminat filem ‘Avengers: EndGame’ pasti sangat teruja untuk menonton filem ini yang bakal ditayangkan di pawagam pada pertengahan April 2019. Pasti anda semua sudah membeli tiket untuk menonton filem ini di pawagam  yang terdekat.

Advertisement

Filem ini bakal ditayangkan di pawagam pada 26 April ini di Amerika Syarikat (AS). Tiket untuk filem ini sudah mula dibuka untuk jualan hingga ada yang telah menjualnya kembali dengan harga yang jauh lebih tinggi di laman eBay.

Biasalah, jika permintaan tinggi, makan manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk menonton filem ini sehari lebih awal daripada tayangan rasmi di AS kerana tidak mahu terlepas aksi menarik.  Harga yang dibuka untuk bidaan tiket berkenaan bermula daripada USD50(RM2094) atau secara ‘buy it now’ pada harga USD200(RM814) dan semakin tinggi setiap hari.


Pada malam Selasa, rata-rata pawagam utama di tanah air telah mengumumkan penjualan tiket filem paling besar tahun ini, Avengers : EndGame selepas sekian lama peminat ternanti-nanti akan tarikh jualannya.

Lebih mencetuskan fenomena, Malaysia merupakan antara negara terawal yang akan menayangkan filem ini pada 24 April berbanding Amerika Syarikat dan beberapa negara lain yang akan memulakan tayangan pada 26 April.

Sumber terbaharu menyatakan bahawa tiket jualan awal filem secara keseluruhannya  telah memecah rekod antarabangsa sebagai “first 24 hours” record  dalam masa 6 jam.

Menepati ramalan sebelum ini, pihak Marvel telah mengesahkan bahawa siri Avengers kali ini berdurasi selama 3 Jam 2 minit sekaligus menyaksikan Avengers : EndGame merupakan filem paling lama pernah ditayangkan dalam sejarah perfileman Marvel.

Kepada anda yang akan menonton filem ini, bersiap sedialah di dalam wayang, jangan asyik keluar ke tandas takut terlepas babak yang menarik. Selamat menonton semua kepada peminat Avengers.

Sumber: VOCKET

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...