“Tiga Yang Mana Tu..” – Misya Mazlan Masih Merancang Untuk Dapat Anak Ketiga, Kongsi Pengalaman Bersalin Anak Sulung

Hiburan

“Tiga Yang Mana Tu..” – Misya Mazlan Masih Merancang Untuk Dapat Anak Ketiga, Kongsi Pengalaman Bersalin Anak Sulung

Meskipun dilanda masalah rumah tangga, Misya Mazlan tetap tenang menjawab soalan berkaitan isu peribadinya ketika ditanya. Malahan, isteri kepada Aslam ini sempat bergurau apabila ditanya tentang perancangan untuk menambah anak ketiga.

“Tiga yang mana”

Baru-baru ini, terlihat sebuah video yang dikongsikan di TikTok di mana Misya sedang disolek untuk sebuah acara atau sesi fotografi ketika dirinya ditanya tentang perancangan anak ketiga.

Advertisement

Namun, Misya pun berseloroh bertanya kembali soalan ditanya tentang tiga yang dimaksudkan itu seolah-olah merujuk kepada isteri ketiga dan bukan anak yang ketiga.

Tiga yang mana tu kak? Yang nombor tiga ehem ke atau anak nombor tiga?

 

Saya masih pertimbangkanlah kalau ada tu Alhamdulillah. Tapi apa-apa pun masih merancanglah.

@eaisyah_listra #husbandwife #masalahwanita #fyp #ttc #ikhtiarhamil #ttcjourney #masalahperiod #umisyamazlan #umisya #aslam #marissa #marissadania ♬ original sound – Eaishah Listra

Pengalaman bersalin

Pada masa yang sama, Misya yang berumur 25 tahun ini turut berkongsi pengalaman melahirkan anak sulungnya pada usia 21 tahun. Menurutnya, semasa mengandung kedua-dua anaknya, dia tidak mengalami sebarang alahan teruk atau mengidam.

Namun, Misya berkata bahawa disebabkan masalah diabetes dihadapinya, dia terpaksa bersalin anak sulungnya lebih awal dari jangkaan masa.

Alhamdulillah sewaktu mengandung kedua-dua anak saya tidak mengalami alahan mabuk atau mengidam sebab saya tidak perasan pun saya sedang mengandung.

 

Sebenarnya saya masuk hospital bukan atas sebab dah sampai due date. Sewaktu mengandung saya ada kencing manis. Tiba-tiba malam tu sudah terbuka bukaan. Kiranya saya pun belum cukup bersedia mental nak bersalin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Misya (@umisyamazlan)

Terdahulu, pada 7 Februari, Misya dan suaminya Aslam telah menjadi bualan ramai orang apabila Aslam dikatakan telah bernikah dengan Marissa Dania di Songkhla, Thailand pada Disember lalu.

11 months ago

"Ajar Hati Untuk Terima Keadaan Tanpa Membenci" - Misya Akhirnya Bersuara, Reda Bermadu Dengan Marissa?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...