Tiga Tahun Terpisah, Maya Karin Rindukan Keluarga Di London

Hiburan

Tiga Tahun Terpisah, Maya Karin Rindukan Keluarga Di London

“Entah bila dapat berjumpa..” begitulah luahan pelakon dan juga penyanyi jelita, Maya Karin yang tampil menzahirkan kerinduan pada ahli keluarganya yang tercinta.

Maya KarinSumber : Instagram Maya Karin  

Difahamkan, ahli keluarga Maya iaitu bapa, adik lelaki dan adik perempuannya kini berada di London dan sudah hampir tiga tahun mereka terpisah gara-gara pandemik COVID-19 yang melanda seluruh pelusuk dunia sejak setahun yang lalu.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Maya Karin (@maya_karin)

“Saya sangat rindukan keluarga saya. Saya sudah lama tidak berjumpa kira-kira setengah tahun hingga tiga tahun..” tulisnya di hantaran Instagramnya itu.

Disebabkan pandemik tersebut, pelakon filem Pontianak Harum Sundal Malam ini tidak dapat ke luar negara untuk menziarahi keluarganya itu.

View this post on Instagram

A post shared by Maya Karin (@maya_karin)

Meninjau ruangan komen, ramai peminat tampil mendoakan agar Maya terus tabah dan kuat dalam menghadapi dugaan tersebut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...