Tiga Tahun Meringkuk Di Penjara Venezuela, Ringgo Fotograf Dihidang Daging Babi

Hiburan

Tiga Tahun Meringkuk Di Penjara Venezuela, Ringgo Fotograf Dihidang Daging Babi

Akibat menjadi mangsa keldai dadah, pemain dram Fotograf, Ringgo tampil mendedahkan segala kenangan pahit yang terpaksa dilalui ketika meringkuk dalam penjara dan melalui tahanan parol di Venezuela yang keseluruhannya berjumlah lapan tahun.

Tiga Tahun Meringkuk Di Penjara Venezuela, Ringgo Fotograf Dihidang Daging Babi

Advertisement

Dedahnhya, beliau juga difahamkan terpaksa memakan daging kuda selain dihidangkan menu beserta daging babi.

Katanya, itu merupakan antara ujian yang paling memeritkan sehingga terpaksa mengambil langkah darurat sepanjang berada di sana.

“Saya hanya makan sardin yang dibekalkan pihak kedutaan tapi bila habis, saya terpaksa ambil langkah darurat. Daging kuda pun saya makan. Namun kalau menunya daging babi saya akan berpuasa. Sarapan pula hanya daging dan telur.”

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Ringgo menerusi satu temubua bersama akhbar Mingguan Malaysia pada Ahad.

Tiga Tahun Meringkuk Di Penjara Venezuela, Ringgo Fotograf Dihidang Daging Babi

Katanya lagi, bergaduh sesama sendiri merupakan aktiviti utama banduan negara berkenaan kerana ketiadaan hiburan namun akan berbaik semula selepas itu.

Namun begitu, istimewanya penjara negara itu adalah waktu lawatan ditetapkan sebanyak tiga kali seminggu iaitu setiap Rabu, Sabtu dan Ahad.

Tiga Tahun Meringkuk Di Penjara Venezuela Ringgo Fotograf Dihidang Daging Babi

“Kami pasang belon, mengecat dan bersihkan sel kerana kami perlu tunjukkan pada pelawat yang datang di mana banduan di sini bukanlah tinggal dalam keadaan tidak terurus dan menyedihkan.”

Tiga Tahun Meringkuk Di Penjara Venezuela, Ringgo Fotograf Dihidang Daging Babi

Lebih istimewa, para isteri juga dibenarkan bertemu suami masing-masing sekali setiap bulan untuk melakukan hubungan intim.

Terdahulu, pada November 2007, Ringgo ditahan pihak berkuasa selepas menemui dadah jenis kokain seberat hampir satu kilogram dalam bagasi dibawanya.di Lapangan Terbang Antarabangsa Simon Bolivar di Caracas, Venezuela.

Sumber: Utusan Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...