Sekurang-kurangnya tiga orang peminat bola sepak China telah meninggal dunia akibat berjaga malam untuk menonton Piala Dunia FIFA 2014.
Seorang lelaki berusia 39 tahun di Shanghai meninggal dunia pada Ahad kerana berjaga selama tiga malam berterusan untuk menonton perlawanan, seperti yang dilaporkan oleh Shanghai Daily.
Lelaki itu mempunyai sejarah penyakit darah tinggi rebah di kerusinya semasa menonton perlawanan antara Uruguay dan Costa Rica. Doktor memberitahu dia meninggal dunia akibat pendarahan otak.
Seorang lelaki 25 tahun di wilayah Jiangsu ditemui mati di hadapan televisyen di rumahnya pagi Sabtu, dan doktor mengatakan kematiannya disebabkan tidak cukup tidur.
Seorang lagi lelaki berusia 51 tahun, Li Mingqiang pernah menjadi pemain bolasepak profesional di Dalian yang terletak di wilayah Liaoning, juga meninggal dunia semasa menonton perlawanan antara Holland dengan Sepanyol bersama rakan-rakannya, seperti yang dilaporkan oleh Beijing Youth Daily.
Rakannya cuba menghubungi khidmat kecemasan setelah Li mengalami kegagalan jantung, tetapi rawatan gagal menyelamatkan nyawanya.
Waktu Beijing dan Brazil berbeza sebanyak 11 jam, bermakna peminat China terpaksa berjaga malam untuk menonton Piala Dunia. Majoriti perlawanan bermula pada 12.00 tengah malam sehingga 6.00 pagi waktu Beijing.
Laporan asal: People Daily