Tiga Remaja Mangsa Banjir Ditahan, Pecah Masuk Pejabat Sekolah Dijadikan PPS Dan Curi Wang Tunai RM3,200

Kehidupan

Tiga Remaja Mangsa Banjir Ditahan, Pecah Masuk Pejabat Sekolah Dijadikan PPS Dan Curi Wang Tunai RM3,200

Menurut Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairuddin, tiga remaja berusia antara 14 dan 16 tahun yang merupakan mangsa banjir ditahan kerana dipercayai telah memecah masuk pejabat sebuah sekolah kebangsaan di Jertih.

Ujarnya, ketiga-tiga mereka berlindung di sekolah terbabit akibat bencana banjir namun telah mengambil kesempatan untuk memasuki pejabat sekolah dan mencuri sejumlah wang.

Advertisement
sekolah ditenggelami air banjir

Gambar hiasan

Kejadian itu disedari oleh pengurusan sekolah yang masuk ke pejabat pada jam 7.30 pagi untuk bertugas dan mendapati wang tunai RM3,200 yang disimpan di dalam peti telah hilang.

Tiga remaja yang juga mangsa banjir dan ditempatkan di PPS sekolah berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Tambah Mohd Khairi setakat ini, pihak polis telah menerima dua laporan kes jenayah sepanjang bencana banjir bermula sejak dua minggu lalu.

pps banjir

Satu lagi merupakan kes kehilangan sebuah motosikal yang diletakkan di tepi jalan dan kejadian itu dilaporkan sendiri oleh mangsa yang menyedari motosikalnya sudah tiada di tempat tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

banjir pantai timur
2 hours ago

"Aku Suruh Dia Tunggu Sorang Tapi Dia Cakap Aku Derhaka" - Air Banjir Dah Paras Dada, Wanita Dedah Suami Larang Pindah PPS

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...