Tiga Perkara Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Membela Kucing Bengal

Trending

Tiga Perkara Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Membela Kucing Bengal

Kucing berbaka Bengal adalah antara baka yang terkenal di kalangan peminat kucing. Antara sebab utama Kucing ini menjadi kegemaran adalah kerana corak dan warna kucing ini yang sangat cantik dan esotik.

Advertisement

Bukan luaran sahaja, kucing ini juga dikatakan antara baka yang sesuai dibela kerana sifatnya yang mudah mesra dengan manusia tetapi masih ada sifat aktif yang dimiliki seperti kucing lain.

Berikut merupakan perkara yang anda perlu tahu sebelum membela kucing Bengal

* Sangat aktif *

Penjaga kucing Bengal perlu membuang tabiat membela kucing tanpa memahami karakter dan keperluan kucing kerana Bengal adalah sejenis baka yang suka bersosial dengan manusia. Ia perlu sentiasa dilayan kerana sifat semula jadinya yang aktif dan agresif.

Penting untuk pemiliknya mempunyai masa yang banyak untuk diluangkan bersama kucing Bengal kerana cepat bosan apabila tidak dilayan. Apabila bosan, mulalah ia buat perangai, contohnya rosakkan perabot atau kencing di merata-rata tempat, untuk menarik perhatian pemiliknya.

* Sanggup ‘berkorban’ *

Bukan itu sahaja, pemilik Bengal juga perlu bersedia untuk menghadapi ‘kemusnahan’ perkakasan rumah apabila memelihara kucing ini.

Bengal suka melompat dan memanjat. Jika anda memeliharanya di rumah, anda perlu bersedia untuk menyimpan semua barang-barang berharga di tempat yang tertutup dan tidak boleh dicapainya kerana Bengal mampu melompat tinggi.

* Cenderung penyakit buah pinggang *

Selain karakternya yang aktif, penting juga untuk pemilik mengetahui Bengal mempunyai kecenderungan menghidap penyakit buah pinggang dan masalah hati.

Dan pemilik perlu peka akan kesihatan kucing Bengal dan menjaga pemakanan kucing tersebut bersesuaian dengan sifat kucing itu.

Salah satu tips yang berguna untuk memastikan kucing Bengal mendapat bentuk badan yang tegap adalah memberinya makan daging mentah.

Dan beberapa tips lain yang anda perlu tahu adalah;

– Bengal adalah kucing yang ‘bising’ dan ‘suka berbual’ dengan manusia jadi anda perlu melayan sifat aktifnya.
– Sukakan air, justeru anda perlu berhati-hati jika mempunyai akuarium atau kolam.
– Antara rutin grooming yang penting adalah memberus giginya untuk mengelak penyakit mulut.

Bengal juga merupakan kucing yang sangat bijak, ia akan menghormati orang yang melayannya dan bermain dengannya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...