Tiga Lelaki Dicekup, Kantoi Buat Pemprosesan Air Ketum Di Rumah Sewa

Trending

Tiga Lelaki Dicekup, Kantoi Buat Pemprosesan Air Ketum Di Rumah Sewa

Polis berjaya memberkas aktiviti pemprosesan air ketum yang dilakukan oleh tiga orang lelaki dalam satu serbuan di Bahau pada pagi Rabu. Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, suspek yang berusia 19,27 dan 34 tahun sedang leka memproses air ketum di ruangan dapur rumah tersebut.

“Polis telah menjumpai satu paket plastik berisi syabu dan peralatan menghisap dadah di salah satu bilik tidur rumah berkenaan”

“Polis merampas 225 bungkus plastik air ketum  (225 liter), lapan bungkus plastik warna hitam berisi daun ketum (45 kilogram) dan 144 botol ubat batuk”

Advertisement

Meurut laporan, polis turut merampas peralatan lain seperti tong plastik, tong gas, dapur masak, periuk belanga, satu alat timbang dan tiga alat penapis dengan anggaran keseluruhan bernilai RM 6,000.

Hasil ujian saringan air kencing, salah satu daripada suspek berkenaan didapati positif dadah manakala seorang lagi mempunyai rekod lampau atas kesalahan dadah.

Rumah yang dijadikan tempat pemprosesan air ketum dikatakan sudah disewa sejak dua tahun lalu dan mereka akan datang ke sana dua atau tiga bulan sekali.

Kesemua suspek direman selama empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...