Tiga lagi penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah ditahan reman bagi membantu siasatan ke atas kes menerima dan mengutip rasuah untuk melindungi premis perniagaan haram di Sungai Buloh.
Perintah reman selama enam hari itu, dilakukan terhadap tiga lelaki berumur antara 40 dan 43 tahun yang bermula hari ini sehingga Rabu depan (19 Ogos). Reman dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya.
Dengan penangkapan ini menjadikan jumlah lapan pegawai penguat kuasa MBSA dan seorang peniaga yang direman bagi membantu siasatan kes yang sama.
Isu tersebut menjadi hangat apabila baru-baru ini tular dua klip video yang disiarkan secara langsung menerusi laman sosial Facebook Hot Burger Malaysia serta dikongsi akaun Mohd Asri Hamid atau dikenali sebagai Asri Janggut.
Dia mendakwa pihak berkuasa tidak mengambil sebarang tindakan terhadap kes judi serta mendedahkan lokasi perjudian di Bandar Baru Sungai Buloh.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.