Tiga Lagi Individu Disahkan Positif Coronavirus Menjadikan Jumlah Keseluruhan Sebanyak 7 Kes Di Malaysia

Trending

Tiga Lagi Individu Disahkan Positif Coronavirus Menjadikan Jumlah Keseluruhan Sebanyak 7 Kes Di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberitahu tiga lagi kes baru jangkitan coronavirus dilaporkan di dalam negara. Tiga kes terbaru ini melibatkan kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun, lelaki berusia 52 tahun dan seorang wanita yang merupakan menantu kepada lelaki dari kes pertama di Singapura.

Baca: Singapura Sahkan Kes Pertama Virus Wuhan

Advertisement

Wanita tersebut yang terdahulunya berstatus negatif telah mengambil keputusan untuk tinggal di Malaysia bagi menjaga kedua-dua anaknya yang sedang menerima rawatan di wad isolasi Hospital Sungai Buloh setelah mereka dikesan positif. Tujuh kes yang dilaporkan setakat ini kesemuanya melibatkan warganegara China dan tiada lagi kes disyaki positif melibatkan warga tempatan.

coronavirus

Kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun itu kini dirawat di  wad isolasi Hospital Sultanah Maliha, Langkawi manakala lelaki berusia 52 tahun itu kini dirawat di wad isolasi Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Setakat 10 Januari hingga semalam, jumlah kumulatif kes PUI bagi jangkitan coronavirus adalah 78 orang; yang mana 39 adalah warganegara Malaysia, 36 warga China dan masing-masing satu warganegara Jordan, Brazil dan Thailand. Buat masa ini, tiga kes sudah disahkan positif, 74 adalah negatif dan satu kes masih menunggu keputusan makmal.

Sumber

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...