Tiga Kali Berkhalwat, Lelaki Ini Dikenakan Hukuman Sebat Depan Khalayak Ramai Di Masjid Di Terengganu

Kehidupan

Tiga Kali Berkhalwat, Lelaki Ini Dikenakan Hukuman Sebat Depan Khalayak Ramai Di Masjid Di Terengganu

Seorang tukang rumah, Mohd Affendi Awang, 42, menjadi individu pertama di Terengganu dikenakan hukuman sebat di khalayak ramai. Menurut laporan, Mohd Affendi dikenakan enam hukuman sebatan di sebuah masjid di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu kerana kesalahan khalwat berulang.

Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, Kamalruazmi Ismail memutuskan hukuman itu selepas Mohd Affendi mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022 kerana berkhalwat.

Advertisement

Kamalruazmi menjatuhkan hukuman enam sebatan, denda RM4,000 atau enam bulan penjara sekiranya jika gagal menjelaskan denda berkenaan terhadap tertuduh.

lelaki di terengganu disebat depan khalayak ramai

Ketika penghakiman, Kamalruazmi berkata dalam menjatuhkan apa-apa hukuman, matlamat utama dalam syariat dan daripada segi agama adalah memberi pengajaran, pendidikan dan sebagainya suatu pencegahan supaya perkara yang sama tidak berulang khususnya ke atas tertuduh dan juga sebagai peringatan pencegahan ke atas orang awam secara amnya.

Seorang mukmin itu tidak jatuh dalam lubang yang sama sebanyak dua kali. Kamu (Mohd Affendi) pernah disebat dan dipenjara tetapi buat lagi (berkhalwat). Hukuman kali pertama (sebatan kerana khalwat) sepatutnya sudah memberi keinsafan.

Hukuman sebatan akan dilaksanakan di Masjid Al-Muktafi Billah Shah Kuala Terengganu pada 6 Disember depan selepas solat Jumaat sebaik tamat tempoh rayuan.

Menurut Kamalruazmi, hukuman sebat dikenakan ke atas tertuduh memandangkan ia merupakan kesalahan ketiganya.

tangkap khalwat
8 months ago

Dua Kali Ditangkap Khalwat, Janda Anak Satu Jadi Wanita Pertama Kena Hukuman Sebat Di Terengganu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...