Bercerai sebanyak tiga kali bukanlah satu perkara mudah untuk dihadapi oleh pengasas kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida. Berita penceraian beliau mengejutkan ramai pihak kerana selama ini mereka melihat betapa serasi dan bahagianya Vida bersama bekas suaminya Fairuz. Namun, buat Vida ia adalah suratan takdir buat dirinya.
Bercerai berkali-kali, itu takdir saya, orang lain tidak rasa apa yang saya rasa. Saya tak salahkan orang kalau mereka tidak faham, hanya saya yang tahu apa rasa yang ada di dalam dada.
Saya percaya ada sebab Tuhan tak izinkan rumah tangga kami diteruskan. Jangan tanya sebab musababnya, macam-macam. Dalam dua tahun lebih itu, bukan kerana satu sebab, mungkin 20 sebab, kita tak tahu. Saya tak ralat, ini ujian Allah SWT belaka ni.
Meskipun gagal dalam perkahwinan beberapa kali, ia tidak membuatkan Vida merasa serik untuk bergelar isteri lagi pada masa hadapan. Bezanya, beliau kini lebih berhati-hati mencari pasangan hidup.
Tak ada istilah serik. Hidup kena ada pasangan, tetapi perlulah berhati-hati. Jalan hidup kita, bukan kita yang pilih, sudah ditentukan. Kita hanya boleh berdoa yang baik-baik sahaja. Pengajaran untuk saya, carilah jodoh biarlah sama cara berfikir. Itu penting untuk kita saling memahami dalam rumah tangga.
Vida turut berkongsi membeli belah adalah salah satu terapi untuk beliau tidak terlalu bersedih dengan apa yang telah berlaku.