Tiga Juta Rakyat Malaysia Masih Ingkar Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan

COVID-19

Tiga Juta Rakyat Malaysia Masih Ingkar Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mendedahkan kira-kira tiga juta rakyat Malaysia masih lagi ingkar tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan. Pada 16 Mac yang lalu, Perdana Menteri mengumumkan pelaksanaan itu yang bermula pada 18 Mac sehingga 31 Mac ini bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Baca: Perdana Menteri Umumkan Perintah Kawalan Pergerakan Mulai 18 Mac Sehingga 31 Mac Ini

Advertisement

Jeneral Tan Sri Affendi Buang selaku Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjelaskan ianya bukanlah satu angka yang kecil dan perlu ditangani segera. Walaupun kadar pematuhan pada perintah tersebut meningkat kepada 90 peratus berbanding 60 peratus pada hari pertama ia dilaksanakan.

Walaupun pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan mencapai kadar pematuhan 90 peratus, namun kita tidak boleh memandang enteng jumlah 10 peratus yang masih ingkar.

covid-19 malaysia

Buat masa ini, ATM akan memberikan tumpuan yang lebih pada kawasan-kawasan berisiko tinggi seperti pasar dan pasar raya kerana sehingga kini orang ramai masih lagi bersesak untuk membeli barangan keperluan. Orang ramai turut dinasihatkan mengamalkan ‘social distancing’ sekiranya perlu berada di luar.

Seramai 7,500 anggota ATM daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan ditugaskan untuk membantu PDRM di 405 lokasi sekatan jalan raya dan 272 kawasan rondaan kereta peronda polis (MPV) di seluruh negara setiap hari.

Artikel berkaitan: Pasukan Tentera Pantau Perintah Kawalan Pergerakan Bermula Ahad Ini – Menteri Pertahanan

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...