Tiga Jam ‘Live’ Di TikTok, Zed Zaidi Berjaya Kumpul Lebih RM2000 Derma Mangsa Banjir

Hiburan

Tiga Jam ‘Live’ Di TikTok, Zed Zaidi Berjaya Kumpul Lebih RM2000 Derma Mangsa Banjir

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi berjaya mengumpul lebih RM2,000 yang akan diagihkan untuk membantu ahli dan orang ramai yang terkesan dengan bencana banjir.

Selepas tiga jam live di TikTok, Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Bin Abdul Jamil, berterima kasih kepada orang ramai yang memberi gift yang boleh ditukarkan kepada wang melalui aplikasi itu untuk diagihkan sebagai bantuan.

Advertisement

Menurut Zed, sesi live tersebut berlangsung dari jam 9 malam hingga 12 tengah malam.

Jika mahu lebih banyak sumbangan, mungkin sesi itu boleh dilakukan lebih panjang.

Jelasnya, keputusan mengumpul derma untuk mangsa banjir melalui aplikasi TikTok diambil kerana SENIMAN pernah melakukannya sebelum ini melalui kaedah sama dan berjaya mengumpul RM 1,500 untuk Faizul Malaysian Idol yang dijangkiti COVID-19.

Saya sudah maklumkan nama artis seperti Mat Over, Zaiton Sameon dan Ebby Yus yang menjadi mangsa banjir di rumah mereka.

Kami masih mencari artis yang dikatakan terkesan seperti Dazrin Kamaruddin. Kami dapat tahu kilang karpetnya di Shah Alam, dimasuki air.

Zed berkata, SENIMAN bekerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dalam menganjurkan sesi live TikTok itu.

Baca: “Takut Hilang ‘Job’ Dan Dipalaukan, Punca Utama Mereka Enggan Buat Aduan Gangguan Seksual” – Zed Zaidi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...