Disebabkan sekarang ini tengah musim konvokesyen, ramai yang berkongsikan kisah dan pengalaman hari konvokesyen mereka. Setiap kali konvokesyen, pastinya kita ingin raikan hari tersebut dengan keluarga dan orang tersayang.
Kali ini kisah dikongsikan oleh Muslim Awang di laman Twitter nya telah mendapat perhatian daripada netizen. Setakat ini, perkongsiannya telah mendapat hampir 20 ribu retweet.
“Nak nangis baca story adik bongsu aku, hari ni konvo dia, dia anak bongsu, 3 hari lepas abah aku meninggal.”
Anak bongsu daripada 8 adik beradik itu berkongsikan gambar-gambar hari konvokesyen adik beradiknya sebelum ini yang disambut oleh mereka sekeluarga.
“Hari ni anak bongsu abah konvo tapi orang tak pergi sebab nak teman mak.”
“Mana abah? Orang masuk kerja pukul 8 dah ni?”
Adik aku no 2 bongsu, yang ambik alih kilang perabut abah, dia yang tolong abah semasa hayat abah, dan dia dapat amanah. Dia paling terasa sebab selalu ada abah time kerja dan sekarang abah dah takde pic.twitter.com/i0845TMJD8
— lihat Awang disana (@muslimawang) October 8, 2019
Walau apa pun berlaku, dia bersyukur mereka lapan beradik dapat menunaikan hajat ayahnya untuk menguruskan sendiri jenazah ayah mereka untuk kali yang terakhir.
“Tapi alhamdulillah segala hajat abah tercapai, kami 8 beradik sendiri yang mandikan jenazah, kafankan, solat. Masuk dalam kubur usung,peluk dan kebumikan.”
Sumber: Twitter