Penyanyi dan isteri kepada pelakon Fattah Amin, Amira Othman, memaklumkan bahawa beliau tidak dapat mengikuti suaminya terbang ke Korea selepas kesihatannya masih belum pulih sepenuhnya.
Perkara itu dikongsikan Amira menerusi satu hantaran di media sosialnya, sambil menjelaskan bahawa dialah yang memujuk Fattah untuk tetap berangkat bagi mengelakkan jadual kerja pasukan Rissa terganggu.

“Saya pujuk dia suruh fly juga sebab kesian dekat team Rissa yang dah siap prepare semuanya. Terima kasih teman saya tidur hospital semalam. Hati-hati dan have fun in Korea. Saya tak lepas nak terbang,” tulisnya.
Menurut Amira, tiga doktor pakar yang ditemuinya turut menasihati agar beliau tidak menaiki pesawat dalam masa terdekat kerana faktor cuaca sejuk di Korea yang boleh menjejaskan kesihatannya.
“Tiga doktor pakar saya jumpa semua cakap saya tak boleh fly lagi buat masa ini sebab cuaca sana sejukkan,” tambahnya.
Terdahulu, Fattah Amin berkongsi bahawa isterinya kini sedang dirawat di hospital. Menerusi satu posting di Instagram Story, pelakon Pendekar Awang itu memuat naik gambar katil hospital sambil memohon orang ramai mendoakan kesihatan Amira.
Ketika dihubungi Gempak, pengurus Fattah, Acha, memaklumkan bahawa Amira dimasukkan ke wad kerana demam, namun enggan mengulas lanjut mengenai keadaan sebenar pelantun lagu Hati-Hati itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
