‘Tiga Doktor Batal Bedah’-Pakar Mata Bidas Produk Kesihatan ‘Overclaim’

Trending

‘Tiga Doktor Batal Bedah’-Pakar Mata Bidas Produk Kesihatan ‘Overclaim’

Mata merupakan pancaindera yang sangat penting untuk kita melihat. Tanpa penglihatan, dunia pastinya gelap gelita. Seandainya tidak dijaga dengan baik, mata juga boleh rosak dengan pelbagai faktor.

mata

Advertisement

Justeru tidak hairanlah pelbagai produk kesihatan untuk mata dijual di pasaran. Namun sebagai pengguna bijak, jangan mudah terpedaya dengan produk seumpama itu.

Pastikan mendapat nasihat doktor terlebih dahulu sekiranya mahu menggunakan produk-produk tersebut.

Manakala tanggungjawab sebagai peniaga pula, janganlah sesuka hati ‘overclaim’ bahawa produk yang anda jual itu berkesan menyembuhkan sesuatu penyakit.

Beberapa hari yang lalu, seorang pakar mata yang dikenali sebagai Dr Adlina Rahim memuat naik satu keratan akhbar di Twitternya menunjukkan artikel yang mendakwa sejenis produk kesihatan berjaya menyembuhkan mata pesakit.

mata

Menurut artikel tersebut, seramai tiga orang doktor telah membatalkan pembedahan untuk membuang selaput mata pesakit yang menghidap katarak kerana ia sudah tiada selepas menggunakan produk berkenaan.

Tidak mahu pengguna terpedaya, Dr Adlina tampil menjelaskan bahawa dakwaan itu tidak benar sama sekali.

Selain itu, tegas Dr Adlina, tiada lagi ubat yang boleh kurangkan rabun.

mata

Penjelasan tersebut mendapat respon daripada netizen.

mata

mata

Menurut seorang netizen, keratan akhbar yang dikongsi oleh Dr Adlina adalah keluaran 10 tahun yang lalu.

mata

Bagaimanapun menurut Dr Adlina walaupun sudah lama, namun produk tersebut masih dijual hingga sekarang walaupun sudah dilaporkan kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

mata

Semoga dengan pendedahan Dr Adlina ini,  kita sebagai pengguna harus bijak memilih dan membezakan yang mana baik dan buruk.

Sumber: Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...