Berita yang menakjubkan, pihak penganjur konsert terkemuka, Universe Gateaway, mengumumkan kumpulan nasyid lagenda iaitu Rabbani buat julung kalinya akan mengadakan konsert mega.
Difahamkan, konsert ini bakal melakar sejarah selepas Rabbani berada di dalam industri seni selama tiga dekad dan ia dinamakan sebagai Konsert Intifada Rabbani.
View this post on Instagram
Bukan saja akan mendendangkan lagu-lagu nasyid popular seperti Intifada dan Pergi Tak Kembali, bahkan konsert ini akan menjemput kumpulan nasyid lain iaitu Brothers, Yabang dan Aeydan.
Sekadar info, konsert ini difahamkan akan berlangsung pada 20 September 2025 pada jam 8.30 malam yang bertempat di Idea Live Arena, Petaling Jaya, Selangor.
Tiket Konsert Intifada Rabbani ini bermula dijual pada 31 Julai ini di platform Ticket2U dan Fantopia.io.