Tiga Daripada Admin Facebook 101 East Al Jazeera Sebenarnya Daripada Malaysia

Trending

Tiga Daripada Admin Facebook 101 East Al Jazeera Sebenarnya Daripada Malaysia

Dokumentari berjudul Locked Up in Malaysia’s Lockdown yang dimuatnaik di laman YouTube Al Jazeera menjadi perhatian rakyat Malaysia baru-baru ini. Ini susulan tuduhan melulu yang dipamerkan di dalam dokumentari itu yang menuduh Malaysia bersikap prejudis kepada warga asing.

Terbaru, bekas Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Najib Razak mendakwa laman Facebook 101 East Al Jazeera itu dikendalikan oleh admin dari Malaysia. Berdasarkan maklumat, tiga daripada admin tersebut adalah dari Malaysia manakala Qatar (4), Jerman (1) dan United States (1).

Advertisement

“Admin untuk page FB program 101 East Al-Jazeera ada 9 orang. Tiga admin adalah dari Malaysia. Siapakah mereka?”

Sebelum ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mencabar Al Jazeera untuk menyenaraikan negara yang beri kebebasan mutlak kepada warga asing selain menuntut permohonan maaf.

Di dalam dokumentari tersebut, seorang warga Bangladesh yang ditemu bual memberitahu kerajaan Malaysia bersikap prejudis dan kejam terhadap warga asing dalam mengawal pandemik ini. Fakta yang tidak tepat dan tindakan sengaja untuk memburukkan nama Malaysia adalah antara tuduhan yang dilemparkan.

Tindakan yang dilakukan warga Bangladesh ini boleh memberikan risiko pas imigresen miliknya ditarik semula dan boleh diminta untuk keluar daripada negara menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud. Ini semua susulan kenyataan tidak tepat yang telah menjejaskan imej negara di mata dunia.

Artikel berkaitan: Pas Imigresen Warga Asing Boleh Dibatalkan Jika Mereka Keluarkan Kenyataan Tidak Tepat Dan Memburukkan Negara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...