September 29th, 2020

Mendedahkan dirinya terpaksa berjauhan dengan ahli keluarga yang menetap di Singapura disebabkan penularan wabak COVID-19, pelakon Hisyam Hamid akui ia merupakan tempoh lama dirinya terpisah kerana sudah hampir memasuki tiga bulan.

Tiga Bulan Terpisah, Hisyam Hamid Akui Rindu Keluarga Di Singapura

Kata Hisham lagi, sebelum ini isterinya menetap di Kuala Lumpur bersamanya, namun disebabkan pandemik ini, mereka terpaksa tinggal berjauhan kerana anak-anaknya berada di Singapura.

“Isteri dan anak-anak saya berada di Singapura. Lagi seminggu akan masuk tiga bulan kami tidak bertemu. Sebelum ini saya dan isteri memang tinggal bersama di Kuala Lumpur. Tapi kami ada pulang ke sana dan kemudian saya terpaksa kembali ke sini semula untuk menyelesaikan tuntutan kerja.”

Tiga Bulan Terpisah, Hisyam Hamid Akui Rindu Keluarga Di Singapura

Meskipun cahaya matanya sudah besar, namun setiap kali berkomunikasi melalui panggilan telefon, Hisyam mendedahkan anak bongsunya tetap rindu akan kepulangannya ke Singapura.

“Itu yang saya minta isteri berada di sana untuk menjaga anak-anak. Mereka sudah besar jadi faham dengan situasi sekarang. Cuma anak lelaki yang bongsu tu setiap kali call akan tanya bila saya nak balik. Saya ada buat permohonan untuk pulang ke sana. Insya-Allah, selepas selesai satu projek yang akan bermula bulan hadapan ini saya akan pulang.”

Tiga Bulan Terpisah, Hisyam Hamid Akui Rindu Keluarga Di Singapura

Dalam pada itu, pelakon yang popular menerusi drama rantaian Memori Cinta Suraya ini memaklumkan beliau berharap agar pengorbanan yang dilakukan ini berbaloi.

“Saya kena terima yang punca rezeki memang di Malaysia. Jadual saya pun sibuk sampai akhir tahun ini. Saya selalu berdoa kepada Allah agar pengorbanan yang dilakukan ini berbaloi,

Hisyam dan isterinya, Rosmawati Hanafi telah selamat berkahwin pada 2 September 2006. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nurish dan Hayden.

Sumber: Gempak


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...