“Tiga Bulan Berkahwin, Dah Kantoi.. Saya Malu Sangat” – Didakwa Dayus Diamkan Diri, Bekas Suami Cikgu Curang Dengan ‘Abang Wiring’ Bersuara

Trending

“Tiga Bulan Berkahwin, Dah Kantoi.. Saya Malu Sangat” – Didakwa Dayus Diamkan Diri, Bekas Suami Cikgu Curang Dengan ‘Abang Wiring’ Bersuara

Boleh dikata kisah hubungan terlarang yang dilakukan oleh seorang guru bersama suami orang yang digelar sebagai ‘Abang Wiring’ memang sedang hangat diperkata oleh warganet.

Bekas suami guru curang tampil bersuara

Dalam kehangatan isu yang melanda, muncul seorang lelaki tampil mengatakan dirinya merupakan bekas suami guru terbabit dan mendedahkan perilaku ‘busuk’ bekas isterinya.

Advertisement

Ditemubual oleh pihak mStar, lelaki yang mahu dikenali sebagai Muhammad Azraf mendedahkan sudah melafazkan cerai terhadap guru berkenaan pada 24 Februari lalu di Mahkamah Syariah Melaka.

sijil cerai guru curang dengan abang wiring

Azraf tampil bersuara mengenai hal ini bagi menjelaskan status mereka berdua dan juga membersihkan namanya kerana dituduh dayus membiarkan isteri curang dengan lelaki lain.

Dituduh dayus sebab diamkan diri

Saya malu sangat. Hari ini hari yang saya tunggu sebab saya bukan suami dia lagi. Saya terganggu apabila orang bertanya.. saya dayus ke, diam diri je? Yang lain biarlah Allah saja yang tahu.

Tambahannya lagi, dia kini lebih tenang selepas memperoleh sijil cerai daripada Pejabat Agama Islam Ayer Keroh, Melaka, di mana menandakan dirinya sudah tiada apa-apa hubungan dengan wanita terbabit.

guru curang dengan abang wiring

Lelaki itu datang rumah untuk pasang L-Box dan buat kerja wiring, bukan pasang CCTV pun. Dari situ mereka mula kenal dan berkawan pada bulan September.

Kata Azraf, masuk tempoh tiga bulan mereka berkahwin, perbuatan curang yang dilakukan oleh bekas isteri sudah pun diketahui olehnya tetapi dia masih memberi peluang.

‘Dah banyak kali kantoi tapi saya beri peluang..’

Sebelum kenal abang wiring ni pun, dia dah banyak kali kantoi. Tapi saya malas nak peningkan kepala.

Disebabkan kes ini telah tular di platform media sosial, Azraf berkata dia ada menghubungi bekas suami pertama guru terbabit dan berharap agar lelaki itu mampu untuk menerima kenyataan dengan hati terbuka seperti dirinya kini.

Saya tiada niat nak buka aib. Tapi saya ada hak untuk buat penjelasan daripada pihak saya.

3 weeks ago

"Kau Sund*l, Jangan 'Ya Allah' Dengan Aku" - Isteri 'Abang Wiring' Bersemuka, Guru Akui Menyesal & Minta Diberi Pulang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...