Tiffany SNSD & Nickchun 2PM Sah Bercinta

Hiburan

Tiffany SNSD & Nickchun 2PM Sah Bercinta

Selamat pagi Jumaat. Kita mulakan hari ini dengan satu berita dunia hiburan Korea yang pastinya meruntun jiwa raga para jejaka dan gadis di luar sana. Tiffany daripada kumpulan SNSD/Girl’s Generation dan Nickchun 2PM kini telah pun disahkan bercinta. Hubungan mereka yang bermula sebagai kawan menjadi semakin rapat dan bertukar kepada “couple” sejak 4 bulan lalu.

tiffany snsd dan nickhun 2pm

Advertisement

Berita ini telah disahkan oleh kedua-dua agensi mereka iaitu SM Entertainmet dan JYP Entertainment. Salah satu kenyataan tersebut berbunyi:-

Seperti yang telah dilaporkan, Tiffany dan Nickhun telah pun bercinta sejak 4 bulan yang lalu. Mereka bermula sebagai kawan dan kini adalah pasangan kekasih.

tiffany snsd dan nickhun 2pm

Nampaknya selepas putus cinta dengan Abang Nara ketika di Korea dulu, Tiffany telah pun bertemu pengganti yang tidak kurang hebatnya. Semoga percintaan mereka berkekalan sehingga ke alam perkahwinan. Memang mereka berdua bak pinang dibelah dua. Tahniah!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...