February 28th, 2020

Siapa sangka pemergian pelawak Abam yang ditangisi ramai pada awalnya kini bertukar cela selepas adiknya iaitu Ali Puteh didedahkan mempunyai sengketa dengan balu arwah abangnya itu.

Walaupun tidak manis tetapi kemelut ini telah membuka pekung keluarga tersebut yang melihatkan mereka sepertinya menidakkan hak Noor Hidayah dan anak tunggal pasangan tersebut ke atas hak milik Abam.

nor hidayah ibu mentua jangan makan harta anak yatim

Bermula daripada Ali yang memberi gelaran kasar kepada kakak iparnya selain turut mengambil semua barangan milik arwah menyebabkan rata-rata netizen mula menyelar tindakan tidak sensitifnya itu.

Disebabkan itu, Ali mendedahkan bahawa dia menerima lebih 700,000 mesej peribadi berunsur kecaman di laman Instagram. Dia meluahkan rasa terkejut kerana ramai yang membenci dirinya padahal sebelum ini mereka sering meninggalkan mesej baik memuji sikap Abam.

Saya dan keluarga dihina teruk dan maruah kami diaibkan, kecaman dilemparkan netizen kepada kami sekeluarga sangat hebat dan saya menerima lebih 700,000 mesej kecaman dan makian.

Pun begitu, selepas melakukan sidang media bagi menjelaskan hal yang sebenar mengenai isu tersebut, pelawak itu menerima hampir 90,000 mesej memohon kemaafan. Tetapi sayangnya akaun asal tersebut telah pun digodam.

ali puteh dan ibunya

Lelaki itu tidak menafikan bahawa kontroversi tersebut menyebabkan dia sukar untuk tidur pada malam hari.

Tidur saya tidak pernah lena selepas apa yang berlaku itu. Jadi, sekarang saya sangat menjaga percakapan terhadap apa yang nak dikomen supaya tidak timbul lagi sebarang isu.

Ali juga menceritakan bahawa dia telah bertemu dengan arwah Abam di dalam mimpinya dan lelaki itu kelihatan gembira.

Abam ceria dan senyum saja dalam mimpi itu, saya memeluknya untuk melepaskan rindu. Alhamdulillah! Dia nampak bahagia!

abam dan ali puteh

Harapnya kemelut antara ipar duai dan keluarga mertua ini akan selesai tak lama lagi. Bukankah manis sekiranya hubungan yang ada masih utuh meskipun yang menyambungnya susah tiada lagi?

Sumber foto: F8Buzz

Sumber: mStar Online


23 responses to “Tidur Tak Lena Terima 700,000 Mesej Kecaman, Ali Puteh Mimpi Arwah Abam Bahagia & Memeluknya”

  1. jangan salahkan Alif, salahkan pd yg menindas & bpura2 baik. says:

    Entahnya! saya berterima kasih dkt Alif (bkn peminat dia), disebabkan dia kita tau apa yang terjadi sebenarnya. dan jadi pengajaran kepada kaum wanita diluar sana untuk lebih aware hak mereka.

  2. Anonymous says:

    Syaitan iblis? Kalau tak kerana syaitan iblis tulah, kita tak tahu dayah dengan hamzah ditindas. Kalau tak kerana syaitan iblis tu, kita tak tahu ali dgn keluarga ambil kesempatan atas kematian abam. And kalau tak kerana syaitan iblis tu, sampai sudah ali takkan tahu apa itu faraid and takkan ikut faraid. Mmg aliff syukri penyibuk tak kena tempat, tp dia whistleblower. Pusing macam mana, tp awak kena admit, dia whistleblower.

    Komen tu lainkali pikir lah sikit pakai otak. Kalau tak reti nak pakai otak pun, at least ayat tu jagalah sikit.

  3. Anonymous says:

    Silahturahim jgn d putus kn…ksian hamzah jau dr nnek nya.
    Seperti kata arwah…kita baik…semua sayang jd fhmi stiap sudut kata nya…contohi la arwah ..al fatihah..

  4. brunes says:

    kalau nak jalankan faraid terhadap harta pun perlu kah di sekat keperluan isteri dan anak arwah.. keluarga bodoh, pasal harta mcmtu pun nak gadoh mcm ber billion2. ini semua angkara syaitan iblis tu lah (alip sukri)

  5. lala says:

    tipulah. how can you count until 700,000…

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...