Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tidur Tak Lena Terima 700,000 Mesej Kecaman, Ali Puteh Mimpi Arwah Abam Bahagia & Memeluknya

Siapa sangka pemergian pelawak Abam yang ditangisi ramai pada awalnya kini bertukar cela selepas adiknya iaitu Ali Puteh didedahkan mempunyai sengketa dengan balu arwah abangnya itu.

Walaupun tidak manis tetapi kemelut ini telah membuka pekung keluarga tersebut yang melihatkan mereka sepertinya menidakkan hak Noor Hidayah dan anak tunggal pasangan tersebut ke atas hak milik Abam.

Advertisement

nor hidayah ibu mentua jangan makan harta anak yatim

Bermula daripada Ali yang memberi gelaran kasar kepada kakak iparnya selain turut mengambil semua barangan milik arwah menyebabkan rata-rata netizen mula menyelar tindakan tidak sensitifnya itu.

Disebabkan itu, Ali mendedahkan bahawa dia menerima lebih 700,000 mesej peribadi berunsur kecaman di laman Instagram. Dia meluahkan rasa terkejut kerana ramai yang membenci dirinya padahal sebelum ini mereka sering meninggalkan mesej baik memuji sikap Abam.

Saya dan keluarga dihina teruk dan maruah kami diaibkan, kecaman dilemparkan netizen kepada kami sekeluarga sangat hebat dan saya menerima lebih 700,000 mesej kecaman dan makian.

Pun begitu, selepas melakukan sidang media bagi menjelaskan hal yang sebenar mengenai isu tersebut, pelawak itu menerima hampir 90,000 mesej memohon kemaafan. Tetapi sayangnya akaun asal tersebut telah pun digodam.

Advertisement

ali puteh dan ibunya

Lelaki itu tidak menafikan bahawa kontroversi tersebut menyebabkan dia sukar untuk tidur pada malam hari.

Tidur saya tidak pernah lena selepas apa yang berlaku itu. Jadi, sekarang saya sangat menjaga percakapan terhadap apa yang nak dikomen supaya tidak timbul lagi sebarang isu.

Ali juga menceritakan bahawa dia telah bertemu dengan arwah Abam di dalam mimpinya dan lelaki itu kelihatan gembira.

Abam ceria dan senyum saja dalam mimpi itu, saya memeluknya untuk melepaskan rindu. Alhamdulillah! Dia nampak bahagia!

abam dan ali puteh

Harapnya kemelut antara ipar duai dan keluarga mertua ini akan selesai tak lama lagi. Bukankah manis sekiranya hubungan yang ada masih utuh meskipun yang menyambungnya susah tiada lagi?

Sumber foto: F8Buzz

Sumber: mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

23 Comments

  1. Norlela Sapari

    March 3, 2020 at 8:38 pm

    Maafkan saya. Tapi saya dpt rasakan Ali x jujur…tak apalah, Allah Maha Mengetahui..semoga mereka semua sentiasa baik baik sahaja..especially baby Aruah Abam

  2. Sofajane

    March 2, 2020 at 2:07 pm

    Apa yg Saudara Ali mimpikan arwah datang memeluk dan tersenyum tu, pernah berlaku pada diri saya. Tika saya penat menjaga Ayah yng demam arwah Mak datang mengusap kepala saya dan berkata kesian anak ku, letih menjaga ayah. Bila tersedar dari mimpi terasa sejuknya cuaca pagi itu dan hati rasa tenang dan lapang. Terima kasih Ya Allah telah pertemukan arwah Mak di saat aku dalam kepenatan.
    Kepada Saudara Ali banyak-banyak bawa bersabar InyaAllah ada hikmahnya. Apa yang telah terjadi jadikan pengajaran di masa akan datang. Ini adalah ujian buat Saudara Ali sekeluarga. Setiap insan di dunia ini ada ujian masing-masing. Jangan mengalah dalam menempuhi ujian dari Nya. InsyaAllah suatu hari nanti langit yang mendung akan cerah jua. Percaya dan tawakal pada Illahi. YAKIN.

  3. Anonymous

    March 2, 2020 at 12:29 pm

    Assalamualaikum….peringatan ni untuk diri sendiri juga…perkataan yang dah dikeluarkan tak boleh ditarik balik..semoga Allah permudahkan urusan Ali, Hidayah dan juga seisi keluarga.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama