“Tidur Pun Nampak Rajin” – Video Khairul Aming Terlelap Undang Perhatian, Netizen Pesan Jaga Kesihatan

Kehidupan

“Tidur Pun Nampak Rajin” – Video Khairul Aming Terlelap Undang Perhatian, Netizen Pesan Jaga Kesihatan

Sebuah video tular di platform Threads memaparkan usahawan dan pencipta kandungan terkenal, Khairul Aming, terlelap dalam keadaan duduk sambil memegang telefon bimbit, sekali gus mencetuskan rasa simpati dalam kalangan warganet.

Menerusi perkongsian tersebut, individu yang memuat naik video berkenaan berharap agar Khairul Aming, atau mesra disapa KA, lebih menjaga kesihatan diri serta mendapatkan rehat yang mencukupi.

Advertisement

Kepenatan Khairul Aming yang orang lain tak nampak, dalam live ceria, tapi itulah pengorbanan

Rata-rata wargamaya meluahkan rasa sebak melihat keadaan Khairul Aming yang jelas keletihan, khususnya pada hari pertama pembukaan restoran miliknya, Rembayung.

Antara komen yang mencuri perhatian ialah:

“Kesian KA, bakal suami siapa la ni ye, semoga yang berjodoh dengan KA dapat jaga KA dengan betul-betul la ye. Kat rumah jangan bagi KA buat kerja pula. Kat luar dah bermatian KA susah payah cari rezeki untuk Kamu. Semoga KA dapat bakal isteri yang memahami cintakan dan sayangkan dia bukan sebab harta.”

“Kesian sungguh. Semata-mata nak beri yang terbaik ketika hari pembukaan perniagaan baharunya. Seriously tabik spring for his ever high spirited self walau berapa banyak dugaan yang beliau telah dan perlu hadapi.” komen netizen.

Perkongsian tersebut sekali lagi memperlihatkan sisi kemanusiaan di sebalik kejayaan Khairul Aming, yang bukan sahaja berdepan tekanan fizikal dalam menguruskan perniagaan, malah turut perlu menghadapi cabaran emosi akibat perhatian dan komen berterusan di media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Khairul AMing
2026-01-05 10:19:11

"Sekarang Ni Aku Nak Kekal Waras Je.." - Khairul Aming Tertekan Website 'Crash', 50,000 Orang Cuba Tempah 'Seat' Di Rembayung

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...