Tidur Lebih Selesa Dengan Drypers Drynights

Hiburan

Tidur Lebih Selesa Dengan Drypers Drynights

Salah satu perkara yang menyeronokkan/men’stress’kan apabila sudah mempunyai anak ialah pengembaraan mencari lampin pakai buang. Fuh!!! Memang mencabar. Mesti ada yang ingat senang kan? Iyerlah, macam-macam jenama lampin pakai buang ada di pasaran. Namun tak semuanya sesuai dengan anak kita. Ada yang pakai timbul ruam, ada yang saiz tak kena, ada yang pakai sejam dah basah sampai terkena seluar dan macam-macam lagi masalah.

drypers

lampin pakai buang yang bagus memberikan anak kita tidur yang lena

Masa Aariz dulu ada dekat 5,6 jenama jugak yang Abang Nara dan wife try. Semuanya berakhir dengan kekecewaan sehinggalah kami bertemu dengan Drypers. Kitaorang guna Drypers Drypers Wee Wee Dry. Aariz pakai size XXL manakala Arissa pulak saiz M. Jujur cakap Drypers Wee Wee Dry ini memang bagus. Tidak terlalu tebal, tahan lama walaupun anak kencing banyak dan paling penting, harga lebih murah berbanding lampin pakai buang lain.

Advertisement
drypers

Arissa dan Drypersnya

Jadi bila Drypers bagi kitoarang Drypers Drynights kat Abang Nara untuk dicuba, memang teruja juga diri ini dibuatnya. Drypers Drynights ini paling bagus dipakai pada waktu malam. Iyerlah, budak-budak masa malam kencingnya lebih sikit sampai kita kena bangun tukar lampin. Drypers Drynights ini ada fungsi Longest Absorbing Care yang memastikan lampin kekal kering selama 12 jam sekaligus anak-anak boleh tidur dengan selesa.

drypers

budak 2 orang yang excited nak try Drypers Drynights

Cantik kan packaging Drypers Drynights nie? Korang akan lagi kagum apabila mengetahui ia diperbuat daripada 100% Breathable Cloth-Like Cover dan bahagian dalamnya mengandungi 4 Natural Plant Extracts from Aloe Vera, Chamomile, Olive Extracts dan Vitamin E. Kesemua ini akan memastikan kesegaran kulit bayi kita dan memberikan keselesaan ketika diorang tidur. Power kan?

drypers

Abang Nara dah try dah pakaikan Drypers Drynights ini kat Aariz dan Arissa sejak seminggu yang lalu. Fuh!!! Memang best. Kalau sebelum ini ada juga sekali dua kena bangun tukarkan lampin pakai buang, kali ini memang tak ada langsung. Dua-dua tidur nyenyak sampai keesokan paginya. Fungsi Leak Guard dalam Drypers Drynights memang berjaya menghalang air kencing diorang daripada bocor sekaligus memastikan keselesaan sepanjang malam. Abang Nara pun sedap la tidur berdengkur sampai Subuh. Hehehe.

drypers

Aariz dan Arissa dengan Drypers Drynights

Abang Nara cakap lebih-lebih pun bukannya korang nak percaya selagi tak try sendiri kan? Jangan risau korang tak payah pergi kedai beli sebab boleh dapat FREE. Syaratnya hanya perlu daftar Drypers Baby Club. Bukan sahaja akan pek percubaan Drypers Drynights, tapi kalau korang bertuah, boleh dapat beg yang teramat comel macam kat bawah nie.
drypers

Selalulah juga jenguk-jenguk Facebook Drypers Malaysia dan laman web www.drypers.com.my sebab selalu ada promosi yang best-best daripada mereka. Di kala harga barangan semua tengah naik untuk GST, inilah masanya untuk berjimat lebih-lebih lagi bab keperluan anak-anak. Selamat mencuba dan selamat tidur malam dengan lebih denan dengan Drypers Drynights.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...