Tidak Yakin Boleh Berlakon Jadi Hodoh Dan Buruk, Che Ta Akui Pernah ‘Digugur’ Nama Oleh Produksi TV

Hiburan

Tidak Yakin Boleh Berlakon Jadi Hodoh Dan Buruk, Che Ta Akui Pernah ‘Digugur’ Nama Oleh Produksi TV

Pelakon cantik, Rozita Che Wan yang mesra disapa sebagai Che Ta mendedahkan bahawa dia berasa terkilan apabila ada pengarah yang meminta sebuah produksi untuk membuang namanya hanya kerana tidak yakin dia boleh berlakon watak hodoh dan buruk dalam sesebuah drama.

Rozita Che WanSumber : Instagram Rozita Che Wan  

Ujarnya lagi, dia sebelum ini pernah berlakon sebanyak tiga kali dengan memegang watak seorang yang tidak bersandarkan kecantikan semata-mata.

Advertisement

Turut memberi contoh drama, antara telefilem yang memintanya untuk tidak bersolek dan menjadi pengemis adalah naskah berjudul Dosa Siapa arahan Murali Abdullah yang disiarkan pada tahun 2011 yang lalu.

Dalam telefilem tersebut, watak ‘selekehnya’ itu telah melayakkan dirinya menjadi calon 5 teratas untuk kategori Pelakon Drama TV Wanita, Anugerah Skrin pada suatu ketika dahulu.

Terkini, dia turut disolek buruk dan menjadi tua dalam telefilem terbaru berjudul My Future Husband terbitan Zeel Production yang bakal disiarkan di Astro Citra tidak lama lagi.

Rozita Che Wan yang baru sahaja menyambut hari kelahiran ke 48 tahun pada tanggal 9 Mac lalu tampil menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan bahawa dia hanya menerima watak ‘control’ cantik atau disolek tebal semata-mata.

“Sejak mencari rezeki dalam dunia lakonan ini, saya sentiasa berfikir di luar kotak dan sanggup mencabar diri dengan apa saja watak. Siapa kata saya nak berlakon jadi cantiks saja?”

Akhirinya, Rozita menjelaskan bahawa keperluan dia untuk kelihatan cantik dan bersolek di media sosial adalah kerana tuntutan kerja dan tanggungjawabnya sebagai duta untuk mempromosikan sesebuah produk.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...