“Tidak Untuk Jemyma” – Fasha Sandha Maklum Jejai Tak Benarkan Anak Mereka Libatkan Diri Dalam Bidang Seni

Hiburan

“Tidak Untuk Jemyma” – Fasha Sandha Maklum Jejai Tak Benarkan Anak Mereka Libatkan Diri Dalam Bidang Seni

Pelakon jelita, Fasha Sandha memaklumkan bahawa bekas suaminya, Jejai tidak membenarkan anak mereka, Jemyma untuk terlibat dalam industri seni.

Jejai tak benarkan anak terlibat industri seni

Jelas Fasha, dia menghormati pendirian dan keputusan Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram Ramli yang tidak membenarkan Jemyma menjadi selebriti meskipun anak perempuan mereka ada menerima tawaran lakonan sebelum ini.

Advertisement

Tidak untuk Jemyma, tapi mungkin akan terima untuk Aisha kerana bapa kepada Jemyma tidak memberi keizinan untuk dia berada dalam bidang ini.

Jadi terpulanglah kepada minat mereka untuk berada dalam apa jua bidang pun. Sebagai ibu, saya menyokong saja apa saja minat mereka.

Tambahnya lagi, suami, Aidil Aziz juga tidak kisah jika Aisha ingin terlibat dalam dunia hiburan kerana si kecil itu sudah mula menunjukkan minat ke arah industri kreatif.

Bersyukur anak sudah bijak dan sihat tubuh badan

Fasha dalam pada itu turut meluahkan rasa syukur kerana anak-anaknya sudah semakin membesar dengan bijak dan dikurniakan kesihatan yang baik.

Sekadar info, Fasha pernah mendirikan rumah tangga bersama Jejai sebelum bercerai dan mendirikan rumah tangga kali kedua bersama Aidil.

Hasil perkongsian hidup Fasha bersama Jejai, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma.

Manakala dengan Aidil, pasangan ini dianugerahkan seorang anak perempuan, Aisha Amaira.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Misya respon
11 months ago

Suami 'Kantoi' Nikah Senyap-Senyap Dengan Marissa Dania, Ini Respon Umisya Mazlan - "Maafkan Saya.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...