“Tidak Timbul Isu Takut Mati. Sebagai Orang Islam, Terima Kematian Bila-Bila. Bukan Soal Turun Padang” – Tan Sr Dr DG Hisham

COVID-19

“Tidak Timbul Isu Takut Mati. Sebagai Orang Islam, Terima Kematian Bila-Bila. Bukan Soal Turun Padang” – Tan Sr Dr DG Hisham

Awal hari ini, kecoh dalam sesi Dewan Rakyat apabila Datuk Seri Tiong King Sing mempersoalkan kredibiliti Tan Sri Dr DG Hisham dan seterusnya menggelar beliau “takut mati”

Ternyata berlakunya sesi bertikam lidah sehingga seorang ahli dewan rakyat terpaksa dikeluarkan dalam sesi tersebut.

Advertisement

Selain itu, ahli dewan rakyat GPS-Bintulu itu mempersendakan sidang media yang diadakan hampir setiap hari oleh Tan Sri Dr DG Hisham sebagai tidak mencukupi. Tambahan itu, beliau juga menyeru agar DG Hisham turut turun padang.

Tan Sri Dr DG Hisham telah memberi penerangan terperinci mengenai penglibatan beliau sepanjang penularan wabak COVID-19 dan secara tidak langsung menafikan andaian kasar yang dibuat oleh Tiong King Sing.

Ulas Tan Sri Dr DG Hisham lagi, apa yang lebih penting adalah tugas semua frontliners. Walaupun mungkin berbeza dari segi pendapat, misi utama Kementerian dan semua rakyat Malaysia adalah memutuskan rantaian COVID-19 yang seterusnya mengurangkan jumlah kes dan kematian yang dicatatkan setiap hari.

Hari ini sahaja, sebanyak 816 kes positif COVID-19 dilaporkan. Daripada pecahan kes positif tersebut, 815 kes positif adalah kes penularan tempatan dan 7 kes import.

Sumber : KKM

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...