September 24th, 2012

Pasti ramai yang sudah tahu mengenai perkahwinan Ustazah Sharifah Khasif dan Datuk Seri Mohammad Hizal Othman. Walaupun ada ura-ura pasangan pengantin baru ini bernikah secara sembunyi, Ustazah Sharifah Khasif tampil di Harian Metro baru-baru ini untuk menafikan perkara tersebut.

gambar kahwin ustazah sharifah khasif

Untuk anda yang tidak mengenali Ustazah Sharifah Khasif, beliau mula dikenali selepas selepas muncul naib juara Akademi Al-Quran musim ketiga di TV9 dan juga juara pertandingan musabaqah peringkat Kebangsaan. Ustazah Sharifah Khasif juga pernah mengendalikan rancangan Akademi Al-Quran musim keempat dan Kalam Suci sebagai pengacara.

sharifah khasif

Berikut ialah email panjang lebar yang telah ditulis oleh Ustazah Sharifah Khasif sendiri kepada Harian Metro mengenai perkahwinannya:-

Assalamualaikum warahmatullah. Terlebih dulu saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Harian Metro atas cerita yang diuar-uarkan. Saya juga tidak menyangka perkahwinan ini akan menjadi buah mulut orang dan menjadi satu pertikaian yang sepatutnya kita syukuri hikmah sesebuah perkahwinan.

Itu sepatutnya pandangan yang perlu ada apabila seseorang umat Muhammad mampu mendirikan perkahwinan yang pastinya membawa keberkatan dunia dan akhirat.

Untuk pengetahuan media, sebenarnya tidak timbul isu nikah sembunyi, nikah Siam dan sebagainya kerana perkahwinan saya pada 7 September 2012 di kediaman saya dan resepsi pada malamnya dihadiri hampir ribuan tetamu.

Saya juga mewakilkan pengurus peribadi saya, Haryati untuk menjemput pihak media dan rakan-rakan daripada stesen televisyen untuk hadir bersama.

Saya tak tahu dari mana datangnya cerita yang tidak benar ini apatah lagi perkahwinan sembunyi-sembunyi sekali gus menyebabkan ada hati-hati yang terluka.

Perkara sebegini adalah satu keaiban memandangkan saya juga dikenali sebagai ahli al-Quran yang mana dalam Islam, perkahwinan itu sendiri hendaklah diuar-uarkan supaya tidak timbul fitnah dan masalah kemudian hari.
Persoalan yang mempertikaikan saya isteri kedua sepatutnya tidak timbul, yang pastinya saya adalah isteri sah kepada Datuk Seri Mohammad Hizal Othman. Saya juga mempunyai prinsip di mana soal peribadi tidak perlulah dikongsikan bersama.

Jodoh pertemuan ajal maut di tangan Allah. Saya bersyukur kerana mempunyai suami yang penyayang, bertanggungjawab dan menjaga saya dengan baik. Setiap doa kebaikan pasti akan dibalas dengan kebaikan juga dan begitulah sebaliknya. Maka berdoalah yang elok-elok kerana setiap yang berlaku pasti akan ada hikmah di sebaliknya.

Apa pun jutaan tahniah kepada Ustazah Sharifah Khasif dan Datuk Seri Mohammad Hizal Othman atas perkahwinan ini. Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat dan bahagia dengan anak-anak yang soleh dan solehah. 4 lagi gambar Ustazah Sharifah Khasif dengan membaca entri ini sepenuhnya.

ustazah sharifah khasif

sk

sk

sk


274 responses to “Tidak Timbul Isu Nikah Sembunyi – Ustazah Sharifah Khasif”

  1. akuhero says:

    pembetulan…DIA NI BUKAN USTAZAH OK!!!!…

    dia cuma belajar bab taranum saja…mmg x layak sgt utk digelar ustazah..

    but,of course bukan semua ustazah baik kerana orang alim tidak semestinya soleh/solehah… :)

  2. angin sepoi says:

    walau apa pun jgn kita suka mengata mereka. jaga diri dan keluarga sendiri kan lebih baik. jangan nanti suatu hari kita yang mengata diberi balasan yang sama. tak kita, mungkin anak2 kita. hanya Allah lebih mengetahui.

  3. Nek Wan says:

    ustazah sangatla tu..baju singkat, kening bercukur…ahli Quran alhamdulilah, tapi mungkin lebih baik berserderhana dari keterlaluan…hingakan ada hati yg terluka, bila kita ambil suami org jangan berlebih walaupun suami ye..Tan Sri pun. Ada insan yg akan terluka: isterinya waluapun redha pahit bila melihat gambar2 tu, anak – anak mana nak redha jika ayah bersanding lagi ….walaupun isterinya Ustazah dan bukan perempuan kabaret apa bezanya!!!

    • Hamba allah says:

      Hamba stuju Nek wan, riak namanya,sgt menojolkan diri mreka dg bemegah2, itu smua pinjaman dr allah, utk menduga kita umatnya,

  4. Nn says:

    Subhanallah!!! Perkahwinan Sharifah Khasif Fadzilah Di Terima Baik Dan Restui Madunya, Datin Sri Shahrul Zakiah..

    Isi kandungan e-mel daripada Zakiah:

    “Assalamualaikum, saya, Datin Sri Shahrul Zakiah Mat Yusof, isteri kepada Datuk Sri Mohammad Hizal Othman. Pada 22 September lalu saya terbaca pengakuan Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman di dalam akhbar Harian Metro. Saya melihat perkara ini semakin kusut dan kronik sehingga saya rasa terpanggil untuk membuat kenyataan akhbar agar segala kekusutan dan tohmahan dapat diperjelaskan.

    “Daripada pengesahan status perkahwinan yang dibuat Sharifah Khasif tempoh hari menyebabkan saya pula ditimpa panggilan, soalan dan pelbagai pertanyaan seolah-olah membayangkan saya dan keluarga dilanda kesedihan serta kemurungan. Sebenarnya ia tidaklah seperti yang digambarkan.

    “Untuk pengetahuan semua, saya terlebih dulu dimaklumkan oleh suami mengenai pernikahannya itu sebelum ia berlaku dan saya juga bersedia untuk menerima Sharifah Khasif sebagai ahli baru dalam keluarga saya yang lebih senang dipanggil ‘adik’. Di sini, ingin saya tegaskan bahawa tidak ada berlaku kahwin sembunyi-sembunyi seperti yang diuar-uarkan. Saya berharap dan berdoa agar perkahwinan ini akan membawa kebaikan dan mendapat keberkatan Allah di dunia dan di akhirat.

    “Saya juga menerima suratan pertemuan, jodoh, ajal dan maut semuanya ditentukan oleh Allah SWT. Saya menerima dengan hati yang terbuka disertai doa agar dibalas dengan kebaikan dan rahmat. Saya juga bersyukur kerana suami saya seorang yang sangat penyayang dan bertanggungjawab kepada saya sekeluarga. Semoga sifatnya itu akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Diharap pengakuan ini akan merungkai segala pertikaian yang berlaku selama ini.” katanya.

    • ayu says:

      haaa….. sapa yg dok kutuk sgt dgn lantang kata isteri pertama teraniaya tuh???? suka sgt hasab dengki dan buruk sangka…. nnt kena batang hidung sendiri padan muka!!! doakan ajer moga depa bahagia udah la…. yg org lain dok tambah saham pi neraka buat apa….. sbb mulut jugaklah rasulallah kata mmg ramai ppuan penghuni neraka!!!!

    • Anonymous says:

      haaa…dengo tuh

  5. gula2 says:

    amek je la laki org..dr amek yg bujang xde duit bt ape..APTB !!…

Loading...