Bukan untuk meraih simpati atau undian, peserta program Calpis Soda One In A Million (CSOIAM), Marygrace, mengakui bahawa dia masih trauma dengan tragedi pembunuhan mendiang bapanya yang berlaku 15 tahun lalu.
Kisah itu, yang seakan baru berlaku semalam bagi Marygrace yang berusia 24 tahun, menyaksikan sendiri kejadian tragis itu bersama adiknya di rumah mereka di Keningau, Sabah.
Mendiang bapa saya dibunuh sahabatnya depan mata saya dan adik ketika usia saya sembilan tahun di depan rumah kami.
Perasaan trauma itu masih kuat dan kejadian tersebut seperti baru sahaja berlaku semalam, tidak terpadam dalam kotak ingatan saya,
Marygrace berkata kejadian tersebut memberi kesan besar terhadap kesihatan mentalnya, namun dia bersyukur kerana dikelilingi oleh sistem sokongan yang kuat yang banyak membantu dia mengatasi trauma itu.
Setiap kali teringat memang akan menggigil dan lebih teruk, pernah juga kemurungan.
Memang sukar nak lalui dan melupakan perkara tersebut tetapi nasib saya baik kerana mempunyai sistem sokongan yang kuat iaitu keluarga tercinta yang membantu menempuh fasa itu,
Dalam pada itu, Marygrace menegaskan bahawa dia bukanlah jenis individu yang gemar mendedahkan kisah peribadi untuk meraih simpati atau undian, lebih-lebih lagi dalam program CSOIAM.
Memang trauma tetapi saya tak suka jual cerita sebegini untuk raih publisiti atau mengemis undian.Tambahan pula saya sangat sensitif dengan cerita ini dan sebab itu saya tidak kongsi dari awal.
Semalam, Marygrace menerima pujian daripada juri tetap CSOIAM, Ziana Zain, atas kemampuannya menjiwai lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah, yang dipopularkan oleh Ella.
Juara CSOIAM bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000, sebuah kereta bernilai RM200,000, serta kontrak rakaman eksklusif dengan Alternate Records & Talents selama dua tahun.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.