March 28th, 2016

Sejak ABPBH 2006 – 2014, Fara Fauzana mendominasi kategori Penyampai Radio Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian, tetapi tahun ini rezeki tidak berpihak kepada dirinya meskipun tercalon dalam senarai awal pencalonan anugerah berkenaan.

Buat Fafau, beliau sedikit pun tidak merasa terkilan dan ia memberi peluang kepada orang lain untuk bertanding pada tahun ini.

Nama saya ada pada senarai pencalonan awal bagi kategori Penyampai Radio Popular tapi tidak ada rezeki saya untuk tahun ini.

Tidak mengapalah, saya tidak sedih atau terkilan dan biarlah saya bagi peluang kepada muka-muka baharu pula untuk bertanding.

Ini lah artis yang tidak mengharapkan undian untuk menjadi calon top 5, lagipun sebelum ini Fafau sudah beberapa kali menjadi juara. Siapa agaknya yang ada potensi untuk menang pada tahun ini?

Sumber Berita : mStar Online


Comments are closed.

Loading...