Tidak Tahu Baju Yang Dipakai Sama Dengan Fazura, Lagipun Bukan ‘Custom Made’ Untuk Hanya Seorang – Neelofa

Hiburan

Tidak Tahu Baju Yang Dipakai Sama Dengan Fazura, Lagipun Bukan ‘Custom Made’ Untuk Hanya Seorang – Neelofa

Baru-baru ini kecoh dengna isu Neelofa sengaja memakai busana yang sama dengan Fazura dan ramai yang berkata ia bukanlah satu kebetulan tetapi Neelofa seakan sengaja berbuat demikian untuk meraih perhatian dan ‘bersaing’ dengan isteri kepada Fattah Amin itu.

Advertisement

Menjawab gosip tersebut, Neelofa memberitahu beliau sama sekali tidak tahu menahu baju yang beliau pakai ketika mengacarakan rancangan MeleTOP itu rekaannya sama dengan busana yang digayakan oleh Fazura. Lagipun, rekaan itu bukanlah ‘custom made’ untuk hanya seorang sahaja.

Baju itu bukan dibuat sehelai untuk hanya seorang atau ‘custom-made’, tetapi koleksi ‘ready-to-wear’ (sedia untuk dipakai). Saya tidak tahu apa-apa mengenai kemahuan orang lain dan saya tiada masa untuk memeriksa baju itu dibuat untuk siapa. Walaupun ada 10 orang yang memakai baju yang sama, tetapi gaya pemakaian kita berbeza. Sebab itu saya bersedia pakai mana-mana baju rekaan pereka tempatan.

Perbalahan antara peminat Neelofa dan Fazurah bukanlah satu perkara yang baru, tidak dinafikan kadang-kadang mereka ini yang membuatkan sesuatu isu itu menjadi lebih besar. Bagaimanapun, perkara itu sedikit pun tidak memberi kesan kepada diri Neelofa.

Pergaduhan antara peminat tidak begitu mengganggu saya, malah tidak memberikan kesan langsung kepada saya. Fokus saya hanya kepada kerjaya dan komitmen sebagai duta produk.

Sering terpalit dengan pelbagai gosip dan kontroversi, Neelofa mengambil pendekatan untuk hanya memekakkan telinga dan tidak ambil peduli dengan apa yang diperkatakan.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...