Tidak Sihat Punca Nyanyian Kelaut – Ary Klangit

Hiburan

Tidak Sihat Punca Nyanyian Kelaut – Ary Klangit

Amcam tajuk entri Abang Nara kali ini? Macam pantun plak ada perkataan kelaut dan klangit di dalam satu ayat. Di malam AIM19, persembahan kumpulan Klangit amat mengecewakan sehingga ramai yang menyarankan agar nama kumpulan ini ditukarkan kepada Klaut.

klangit klaut

Advertisement

Abang Nara yang mendengar nyanyian Klangit ketika itu tercengang seketika. Memang teruk sangat-sangat. Mungkinkah “nervous” menyebabkan suara Ary, vokalis Klangit tidak terkeluar? Rupa-rupanya Ary ditimpa masalah kesihatan sehingga menjejaskan vokalnya. Kata Ary kepada portal Murai:-

Saya akui memang punya masalah ketika membuat persembahan kerana saya mengalami batuk dan selsema yang tidak sembuh-sembuh sejak tiga minggu lalu. Namun , saya cuba tidak mahu menjadikan ia alasan untuk kami membatalkan persembahan pada malam itu. Saya teruskan juga dengan memberikan yang terbaik dan itulah jadinya. Saya agak kecewa juga tetapi saya anggap ini sebagai satu pengajaran kepada saya supaya selepas ini kami akan cuba menjaga kesihatan diri dan tidak terlalu mencuba sesuatu yang berada di luar jangkaan

klangit klaut

Kalau dah tak sihat nak buat macam mana kan? Abang Nara suka bebenar dengan lagu Sesal Mendua daripada Klangit ini. Abang Nara pasti ramai peminat Klangit turut kecewa dengan mutu persembahan yang ditunjukkan. Diharapkan selepas ini Ary akan lebih berhati-hati menjaga kesihatan terutama bila ada persembahan sebesar ini.

P.S: Lagi gambar serangan rejim zionis Israel terhadap Gaza.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

53 Comments

  1. 123568458586421690642

    November 21, 2012 at 2:56 am

    Kalau tahu tak sihat, tak payah la terkinja-kinja malam tu. Nyanyi je la macam biasa-biasa. Lagipun lagu tu bukannya ‘heavy metal’ so relax sudah ah. Oh, satu lagi. Kalau korang ada tengok TV9 time malam raya hari tu, ada satu program tu dia jemput band Klangit ni. Masa tengah tengok dia menyanyi tu aku malu gila dengan mak ayah aku sebab dia menyanyi terkinja-kinja mcm org tak betul. Ya lah, aku taknak la mak ayah aku tengok artis sekarang ni ‘teruk-teruk’ walaupun mmg TERUK :P

  2. Lou Reed

    November 21, 2012 at 2:25 am

    Biasa je. Takde la teruk mana. Mungkin sebab aku dah biasa dengar stail nyanyi macam ni. Suara hancur perkara biasa dalam band2 hard rock dan metal, tapi mungkin luar biasa bagi event macam AIM.

  3. Sutera Biru

    November 20, 2012 at 11:41 pm

    Mmg xbest langsung..aq tgk semcm je masa dia nyanyi..mcm lidah bgulung2 pulak aq dgr dia nyanyi..tlompat2 mcm apa tah..tp serius,semcm je aq tgk..

  4. errkkk

    November 20, 2012 at 11:18 pm

    ct tu dah lame dlm industry ni ,so memg lah dy oke bler wat persembahan tak kire lah sakit or tak ,mase mule2 wat show live kt anugerah cm ni ,memg lah byk kesilapan ,tak semua sempurna ,hehe

  5. aini

    November 20, 2012 at 8:49 pm

    org tk kn fhm keadaan kta krna diorg tdk brada di tmpt kta

Loading...