Tidak Sihat Punca Nyanyian Kelaut – Ary Klangit

Hiburan

Tidak Sihat Punca Nyanyian Kelaut – Ary Klangit

Amcam tajuk entri Abang Nara kali ini? Macam pantun plak ada perkataan kelaut dan klangit di dalam satu ayat. Di malam AIM19, persembahan kumpulan Klangit amat mengecewakan sehingga ramai yang menyarankan agar nama kumpulan ini ditukarkan kepada Klaut.

klangit klaut

Advertisement

Abang Nara yang mendengar nyanyian Klangit ketika itu tercengang seketika. Memang teruk sangat-sangat. Mungkinkah “nervous” menyebabkan suara Ary, vokalis Klangit tidak terkeluar? Rupa-rupanya Ary ditimpa masalah kesihatan sehingga menjejaskan vokalnya. Kata Ary kepada portal Murai:-

Saya akui memang punya masalah ketika membuat persembahan kerana saya mengalami batuk dan selsema yang tidak sembuh-sembuh sejak tiga minggu lalu. Namun , saya cuba tidak mahu menjadikan ia alasan untuk kami membatalkan persembahan pada malam itu. Saya teruskan juga dengan memberikan yang terbaik dan itulah jadinya. Saya agak kecewa juga tetapi saya anggap ini sebagai satu pengajaran kepada saya supaya selepas ini kami akan cuba menjaga kesihatan diri dan tidak terlalu mencuba sesuatu yang berada di luar jangkaan

klangit klaut

Kalau dah tak sihat nak buat macam mana kan? Abang Nara suka bebenar dengan lagu Sesal Mendua daripada Klangit ini. Abang Nara pasti ramai peminat Klangit turut kecewa dengan mutu persembahan yang ditunjukkan. Diharapkan selepas ini Ary akan lebih berhati-hati menjaga kesihatan terutama bila ada persembahan sebesar ini.

P.S: Lagi gambar serangan rejim zionis Israel terhadap Gaza.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...