Isu selebriti wanita membuka tudung bukanlah perkara baru dan mereka sering memberikan alasan diri tidak bersedia, enggan menjadi hipokrit semata-mata mengikut kehendak orang lain.
Seperti baru-baru ini, penampilan terbaru Datuk A.Aida yang tidak lagi mengenakan hijab mendapat perhatian ramai. Menurutnya, bila bertudung agak sukar untuk berfesyen.
Perkara itu turut mendapat perhatian penceramah bebas, Datuk Ustaz Kazim Elias yang mengatakan artis yang membuka tudung sebenarnya sudah mendapat ‘hidayah’ ketika bertindak menutup rambut dan kepalanya, namun menolak ‘hidayah’ yang telah dikurniakan.
Meskipun pendakwah itu tidak menyebut nama mana-mana artis, A.Aida akui kata-kata itu ditujukan kepadanya. Bagaimanapun, dia tidak cepa melatah mahupun berkecil hati kerana apa yang disampaikan itu adalah perkara baik.
Jujurnya saya rasa terharu kerana apabila ada orang menegur seperti dalam ceramah, ia bermakna kita ni masih disayangi ramai. Jadi Allah turunkan nasihat dalam bentuk ceramah untuk saya dan kita semua ambil iktibar.
Baguslah kalau tidak cepat sentap, siapa tahu selepas mendengar ceramah tersebut satu hari nanti pintu hati A.Aida akan terbuka dan benar-benar bersedia untuk berhijab semula. Doakan yang baik-baik.
Z.A.L
February 25, 2020 at 3:35 pm
Kenapa aku rasa A.aida ni lepas buka tudung ,cara dia brcakap macam sotong?oo..lupa,rambut dah lurus kan..kalo Ella aku faham la dia mmg jenis camtu bila jumpa kat luar pun..satu lg ckp pakai tudung xboleh ikut fesyen,aku tgk cara dia pakai pun xde la up to date sgt..ke mata aku je slh?
?
February 25, 2020 at 3:16 pm
Nak tnye Muke operate ke..
?
February 25, 2020 at 2:39 pm
Nak tnye Muke operate ke..
Anonymous
February 25, 2020 at 2:10 pm
Kalau netizen yg tegur tak kira cara lembut atau kasar cepat je sentap artis² ni..ada yg cakap kita ni ustazah/ ustaz … Tak faham aku artis² ni..tegur perkara yg betul ni x usah lah sentap..ni nak tunggu ustaz yg digalati ramai baru nak terima..apakah poyoo artis zaman sekarang, serbi nak salahkan netizen, padahal artis sendiri yg buat perangai.
yummy
February 25, 2020 at 10:47 am
mcm ni baru keras peliaq..