Makin sayanglah nampaknya peminat-peminat Malaysia terhadap pelakon kacak dari Indonesia, Randy Pangalila ini. Mana taknya, susulan kontroversi Julia Perez menyatakan drama Malaysia tidak bagus, Randy tampil menyatakan perkara yang sama terhadap drama Indonesia.
Menurut Randy, produksi di Indonesia juga ada yang tidak hebat dan tidak bagus. Namun kesemua itu lebih bergantung kepada sudut pandangan masing-masing. Kata Randy kepada portal Murai:-
Inilah dunia hiburan. Itu semua soal sensasi saja. Bagi saya, apa yang berlaku itu tergantung kepada pendapat masing-masing. Kalau di Indonesia, tidak semuanya produksi itu hebat dan bagus.Kalau mengikut kaca mata saya, yang bagus adalah seperti drama Ayat-Ayat Cinta dan Ada Apa Dengan Cinta. Apa yang Julia Perez kata mungkin dia terlibat dengan produksi yang kurang bagus. Di Indonesia pun ada yang tak bagus. Begitu juga di Hollywood. Saya sendiri pernah menonton cerita Hollywood yang sangat teruk produksinya. Apapun, ia terpulang dari sudut dan pandangan masing-masing. Bagi saya, saya lebih puas berlakon di Malaysia berbanding di Indonesia sendiri
Terserlah sisi kematangan dan kebijaksanaan Randy Pangalila menerusi ayat-ayatnya di atas. Kan bagus kalau semua pelakon mempunyai daya pemikiran yang sebegini. Tak adalah statement-stament bodoh yang memakan diri sendiri. Tak ke gitu? Apa pendapat anda?
P.S: Wow!!! Kacak bergaya sungguh Anuar Zain menghiasi majalah Maskulin. Memang terserlah ciri-ciri kelakiannya. Kalau anda mahu, anda boleh membaca edisi terbaru majalah ini secara online. Hanya perlu beli di Emall Karangkraf dengan harga yang lebih murah berbanding di kedai-kedai buku. Cubalah hari ini jugak!!!