“Tidak Sedikit Pun Engkau Mengeluh..” – Terharu Isteri Ada Dikala Susah, Ali Puteh Bersyukur Masih Ada Yang Setia Sokong

Hiburan

“Tidak Sedikit Pun Engkau Mengeluh..” – Terharu Isteri Ada Dikala Susah, Ali Puteh Bersyukur Masih Ada Yang Setia Sokong

Sejak kebelakangan ini, nama pelawak Ali Puteh sering menjadi perhatian netizen ketika dirinya terlibat dalam isu hutang saman dengan bekas kakak iparnya, Nuhidayah Hamzah. Namun begitu, isterinya terlihat sering bersamanya di setiap langkah.

Ucapan terima kasih buat isteri

Terharu dengan kesetiaan isterinya, Melati Fitri, pelawak itu telah tampil berkongsi sebuah video di laman TikTok sebagai tanda penghargaan buat pasangannya itu. Dalam hantaran tersebut, Ali mengatakan rasa bersyukur mempunyai isteri yang sentiasa bersamanya dikala dirinya diberi ujian hidup.

Advertisement

Alhamdulillah, terima kasih wahai insan bergelar isteri yang sentiasa bersama di saat aku tidak punya apa-apa.

 

Di saat aku jatuh, diuji, hilang segalanya, menangis sendirian, difitnah, dicaci dan dihina, kau tetap berada disampingku dan sentiasa menjadi penguat semangat.

 

Tidak sedikit pun engkau mengeluh dan terus berdoa suatu hari nanti akan hadir akan kebenaran.

@aliputeh89♬ original sound – aliputeh

Di akhir video berkenaan, pelawak ini turut berkata dirinya tidak akan mampu membalas jasa-jasa Melati sepanjang mereka mendirikan rumah tangga. Katanya, dia akan terus berusaha menjaga kesejahteraan keluarga kecil mereka.

Hanya Allah dapat membalas jasa kebaikan kamu wahai insan yang bergelar isteri.

 

Insya-Allah, saya akan berusaha untuk mencari kebahagiaan untuk keluarga kecil kita.

@aliputeh89 #fyppppppp #fyppppp @🌸 i am MeL 🌸 ♬ suara asli – King AmbyarPeople

Terdahulu, Ali telah tampil di sebuah live memaparkan dirinya hadir ke rumah Hidayah bagi melangsaikan hutang saman sebanyak RM75K namun wang tersebut ditolak oleh kakak iparnya dan meminta Ali membayar hutang tersebut melalui peguamnya.

ali
2 months ago

"Asalkan Pembayaran Dibuat Secepat Mungkin.." - Keputusan Muktamad, Hidayah Setuju Ali Tak Perlu Bayar Faedah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...