Meskipun sudah berhijrah dan memulakan hidup baru di Bali, Indonesia bersama suami dan anak-anak, penyanyi Nourul Depp tidak lokek berkongsi berkenaan aktiviti hariannya kepada peminat di Malaysia.
Baru-baru ini, penyanyi itu ada berkongsi satu hantaran berkaitan hari ibu di Instagram miliknya yang ternyata telah mencuri perhatian sesetengah netizen.
View this post on Instagram
Dalam ruangan komen hantaran tersebut, netizen mengesyaki sesuatu telah terjadi dalam hubungan Nourul Depp dan anak sulungya yang dikenali sebagai Ayu Nazirah yang kini berusia 23 tahun.
Malah, Nourul juga tidak menafikan malah turut memberi ‘bayangan’ bahawa memang ada sesuatu yang terjadi dalam perhubungan anak beranak itu.
Sekadar info, Ayu merupakan cahaya mata perkahwinan pertama Nourul dan komposer Ajai.
Dia kemudiannya bercerai dengan Ajai sebelum bernikah kali kedua bersama suami, Eric Daniel Depp pada tahun 2012.
Hasil perkahwinan itu mereka berdua dikurniakan tiga orang cahaya mata.