“Tidak Saya Ampunkan” – Dituduh Terpesong Sebab Sambut Krismas, Nourul Depp Tak Maafkan Netizen ‘Mengata’

Hiburan

“Tidak Saya Ampunkan” – Dituduh Terpesong Sebab Sambut Krismas, Nourul Depp Tak Maafkan Netizen ‘Mengata’

Baru-baru ini, penyanyi Nourul Depp dikritik warganet kerana dikatakan telah menyambut Hari Krismas.

Walau bagaimanapun, menurut penyanyi itu, sambutan yang diadakan bukanlah sempena Hari Krismas, sebaliknya untuk meraikan ibu bapa mentuanya yang kini berada di Bali.

Advertisement

Susulan perkara itu, ramai yang tersalah anggap dengan menuduh Nourul telah terpesong sebagai umat Islam.

Tidak berdiam diri, Nourul atau nama sebenarnya, Noorulhuda Abdul Wahab, 45, menerusi hantaran Instagram berkata, tidak akan memaafkan mereka yang mengumpat dan mengeji dirinya.

Dah beribu kali dah cakap. Tidak saya ampunkan. Kita semua ada asas agama. Mengumpat, mengeji itu dilarang. Tapi tetap dibuat. Itu sebabnya saya tak maafkan.”

Selain itu, Nourul juga berharap agar tindakannya itu menjadi pengajaran untuk netizen menghindarkan diri daripada mengata dan mengeji orang secara atas talian.

Sekadar info, Nourul telah mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka Perancis, Eric Daniel Depp pada tahun 2012.

1 year ago

"Bukan Mahram Tu, Walaupun Dah Buang An*" - Dapat Jumpa Di Sydney, Netizen Tegur Nourul & Sajat Mesra Sangat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...