February 8th, 2018

Pelakon dan pengacara Neelofa menerusi rancangan MeleTOP Selasa lalu mengumumkan beliau bakal bergandingan dengan aktor kacak Zul Ariffin dalam drama terbaru adaptasi novel, Ti Amo SweetHeart 100 Hari karya Suri Ryana. Menurut Neelofa, ia adalah hadiah buat peminatnya yang selama in menyokong beliau.

Khabarnya penggambaran drama tersebut bakal bermula Sabtu ini dan diarahkan oleh Michael Ang. Peminat Neelofa menyambut baik berita tersebut dan sudah teruja untuk melihat “chemistry”  kedua-dua pelakon itu.

Tidak menjangka akan mendapat sambutan yang hangat, Neelofa memberitahu beliau akan memberikan yang terbaik dalam lakonannya dan berharap peminat sabar menantikan drama tersebut yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Tidak sangka pula ramai yang teruja dan gembira tetapi saya berterima kasih kepada peminat yang menyokong. Memang sengaja saya buat kejutan sempena ulang tahun kelahiran saya tidak lama lagi. Insya-Allah, kami akan menjalani penggambaran di Rome, Itali pertengahan bulan ini dan drama tersebut akan ditayangkan tidak lama lagi.

Walaupun drama ini belum lagi bermula, kami lihat sudah ada peminat yang mewujudkan hashtag khas untuk Neelofa dan Zul. Sama-sama kita nantikan gandingan mereka berdua, adakah fenomema baru pula bakal tercetus?

Sumber Berita : Utusan Online


138 responses to “Tidak Sangka Ramai Teruja Saya Bakal Bergandingan Dengan Zul Ariffin – Neelofa”

  1. tecit says:

    nope. lagi teruja nk tgk lakonan zul ariffin dgn izara dlm mr.london & miss langkawi. siyes kiuutttt. izara dala sememangnye kiutttt. zul is the most eligible bachelor. omgee3. cant wait!

  2. naz77 says:

    plizzz,, lofa belakon lagi… oh no secara jujur nya lofa mmg xsesuai berlakon pasal muka dia bila seyu, bahagia marah bad mood sume sama je,,, xde feeling,,, seyum ketawa pn cam buat2,,, plizz jgn rosakkn karya org,,, citer bagus pelakon xok i mls nk tgk….

  3. Makcik Bawang says:

    dua-dua kayu x reti berlakom. sorg control cun, sorg lagi cakap mulut mcm x keluar suara bile berdialog..eloklah ganding berdua..phuihhhh

  4. Anonymous says:

    Klu pakai baju sendat harap Neelofa labuhkan tudung tu. Banyak tudung brand Neelofa yg cantik2. Klu Nk pakai turban, Bnyk blaus fesyen nak tutup dada tu atau pakai jaket. Point is Klu nk berhijab atau berturban, pakai betul2 ya!

  5. Anonymous says:

    Promo tudung raya la nanti. Mesti watak wanita kerjaya…ye la tudung bawal dia kan ratusan… hmm siap kasut 8 inci dia lagi la. Penerbit nk buat duit…

Loading...