Pelakon dan pengacara Neelofa menerusi rancangan MeleTOP Selasa lalu mengumumkan beliau bakal bergandingan dengan aktor kacak Zul Ariffin dalam drama terbaru adaptasi novel, Ti Amo SweetHeart 100 Hari karya Suri Ryana. Menurut Neelofa, ia adalah hadiah buat peminatnya yang selama in menyokong beliau.
Khabarnya penggambaran drama tersebut bakal bermula Sabtu ini dan diarahkan oleh Michael Ang. Peminat Neelofa menyambut baik berita tersebut dan sudah teruja untuk melihat “chemistry” kedua-dua pelakon itu.
Tidak menjangka akan mendapat sambutan yang hangat, Neelofa memberitahu beliau akan memberikan yang terbaik dalam lakonannya dan berharap peminat sabar menantikan drama tersebut yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.
Tidak sangka pula ramai yang teruja dan gembira tetapi saya berterima kasih kepada peminat yang menyokong. Memang sengaja saya buat kejutan sempena ulang tahun kelahiran saya tidak lama lagi. Insya-Allah, kami akan menjalani penggambaran di Rome, Itali pertengahan bulan ini dan drama tersebut akan ditayangkan tidak lama lagi.
Walaupun drama ini belum lagi bermula, kami lihat sudah ada peminat yang mewujudkan hashtag khas untuk Neelofa dan Zul. Sama-sama kita nantikan gandingan mereka berdua, adakah fenomema baru pula bakal tercetus?