Korang tahu tak kereta Proton Juara? Bagi yang tidak tahu, kereta ini dilancarkan oleh Proton pada tahun 2001 dan mempunyai bentuk yang unik dan sedikit pelik kalau nak dibandingkan dengan jenis kereta pelbagai guna (MPV) yang lain.
Di awal penjualan kereta Proton Juara ini, ia tidak mendapat sambutan hangat dan kurang permintaan daripada pengguna, mungkin disebabkan reka bentuknya yang agak janggal serta ditambah pula dengan harga sekitar RM50, 000 yang agak mahal ketika itu.
Jualan Proton Juara terus merudum lalu menyebabkan kereta ini hanya dijual pada harga RM3,00 ke Rm4,000 sahaja bagi kondisi yang baik sekitar tahun 2010.
Manakala untuk yang dalam kondisi tidak berapa baik seperti berkarat dan rosak, ianya boleh dikatakan hanya menjadi reban ayam mahupun sebagai pelapik papan di bawah pokok sahaja.
Proton Juara yang dulu dihina sekarang dicari orang ramai
Menurut KOSMO, jenama kereta Proton Juara kian menjadi sebutan orang ramai sejak kebelakangan ini dan ianya mungkin disebabkan reka bentuknya yang tinggi itu kini menjadi pilihan peniaga di tepi jalan.
Comel pula kereta mesin basuh ni. https://t.co/RTjUjXNiqf
— Kosmo! Online (@kosmo_online) October 26, 2021
Bukan itu sahaja, trend masa kini iaitu mengubahsuai van menjadi kenderaan yang boleh diklasifikasikan sebagai rumah bergerak atau camper van ketika ini membuatkan Proton Juara kembali menjadi pilihan orang ramai.
Jika kita lihat dan semak ke beberapa portal jualan kereta atas talian, harga Proton Juara ini nampaknya telah mencecah RM10,000 ke RM15,000 bagi yang masih mempunyai kondisi elok.
Tidak dinafikan, cukup sukar untuk mencari model Proton Juara ketika ini malahan orang ramai turut berpandangan yang sama dan mengatakan yang model ini semakin pupus.
Perkara itu mungkin disebabkan tidak ramai yang membelinya ketika tempoh pengeluarannya serta penamatan keluaran yang agak awal bagi model kereta tersebut.
Kalau ada jumpa pun sekarang ini, pastinya tuan kereta akan meletakkan harga yang tinggi kerana dia tahu yang kenderaan itu sememangnya mendapat sambutan ketika ini.
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara