Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tidak Sampai Setahun Kahwin, Nonny Nadirah Sah Bercerai

Status rumah tangga bekas peserta Akademi Fantasia, Nonny Nadirah sejak kebelakangan ini menjadi tanda-tanya selepas beliau tidak lagi memuat naik foto bersama suaminya, Mustain Adnan.

Advertisement

Dihimpit dengan pelbagai persoalan, Nonny akhirnya mengakui mereka sudah bercerai tetapi enggan mendedahkan tarikh perpisahan tersebut. Menurut Nonny, mereka sudah tidak lagi tinggal sebumbung sejak Oktober tahun lalu.

Mungkin sudah ditakdirkan jodoh kami tidak panjang. Tidak timbul isu orang ketiga, sebaliknya ia berpunca daripada kelemahan dan kekurangan diri masing-masing. Maaf, buat sementara waktu, saya belum bersedia untuk mendedahkan tarikh sebenar kami berpisah. Bukan ini jalan yang kami mahukan, tetapi kami tidak mampu melawan qada dan qadar.

Kami tidak boleh memaksa hati untuk meneruskan perkahwinan, bimbang nanti akan memudaratkan diri. Selepas membuat solat istikharah, saya mendapat petunjuk dan ini jalan yang terbaik buat kami berdua.

Belum setahun berkahwin, Nonny memberitahu keputusan untuk membawa haluan masing-masing bukan sesuatu yang mudah.

Advertisement

Siapa yang berkahwin untuk bercerai? Namun, saya tahu Allah sentiasa ada bersama dan Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kami berdua. Perpisahan ini juga membuatkan saya lebih dekat dengan Allah. Semua yang terjadi mengajar saya supaya lebih matang menangani setiap masalah dan berusaha membentuk diri ke arah yang lebih baik.

Nonny dan Mustain  mendirikan rumah tangga pada 18 Mac tahun lalu di Kota Kinabalu, Sabah, selepas sembilan tahun menyulam cinta.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

35 Comments

  1. stupidyoutoo

    March 2, 2019 at 10:59 pm

    Ni yang nenek aku penah ckp… kalo orang bodoh mmg xboleh nak ajar…dah la bodoh malas nak membaca lg…tul x stupidyou….rajinlah gugel.. periksa statistik.. bukannya sembang babi terbang.

  2. Che jub

    March 2, 2019 at 4:07 pm

    Seks ni macam ketagih dadah. Sekali dah cuba mustahil boleh nak kontrol. Gelora macam tsunami. Tu sebab sebab orang tua2 tak suka kalau cerai. Ada pengganti tak pa la. Kalau tak ending jadi emma mekbong. Tagih sana sini nak cari dadih.

    • Che Jub

      March 2, 2019 at 11:02 pm

      Euwww.. ko ckp tuk diri ko eyk? ketagih seks… yuckssss

  3. Stupidyou

    March 2, 2019 at 1:52 pm

    Jijik sgguh tgk org2 mlyu zaman ni bg komen.. mcm tau serba serbi psal org.. dh la x knl, maki umpat keji mcm x ingt dosa..
    Makin hancur Islam kalo trs mcm ni..

  4. Jangan Temberang dgn pasangan

    March 2, 2019 at 1:03 pm

    Jgn bezakan dulu dan skrg… zaman atuk nenek dulu pun kes cerai berai ni biasa… bezanya dulu takda tenet… Zaman PM Najib baru rasa lajunya tenet..senang nak main PUBG… nenek and atuk aku pun masing2 3 kali kawen… bg aku xkisahlah lama bercinta bru kawin, kenal arini ni esok kawen takda bezanya… Suami Isteri kena sehati sejiwa..barulah kekal lama…bukannya masing2 nak jadi tuan….dulu miskin bila dan kaya…mula la nak lupa pasangan… bagus matilah bg pasangan yg lupa diri… geram aku

    • Stupidyou

      March 2, 2019 at 1:49 pm

      Bodoh plak ayat ko ni..
      Sume org taula beza org2 dl ngan skang..
      Dl2 mmg ada cerai jg tp x byk.. skng ni kjp2 je khwn pastu cerai..
      Xyah la nak bg cth nenek ngan datuk ko yg khwn cerai smpai 2 3 kali.. tu nenek ngan dtk ko je.. kbnyakkn org zman tu x bt mcm tu sgt.. bkn sbb xde intrnt.. tp zman tu org2nya tau jg maruah, tau jg adab, tau jg agama, tau tnggnghwp.. bkn mcm org zman skng ni.. sndr bt salah pn ttp salahkn org lain..

  5. Jawatan Kosong 2019

    March 2, 2019 at 5:53 am

    Makin hari makin tinggi kadar penceraian kat Malaysia. Pelik, kalau tengok atuk nenek kita, susah lah nak cerai berai ni. 1 dalam 100 ribu.

    • Millenium

      March 2, 2019 at 10:56 am

      Sb pompuan zmn skg dh keje.kalau laki jenis xbertanggungjawab tinggai je..buat abis boreh je

    • Kanji

      March 5, 2019 at 10:16 am

      tau takpe. perempuan dulu laki buat macam mana pun sabar je, sebab perempuan tak keje. Sekarang, kalau dapat laki bangang, halau je keluar rumah.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama