Tidak Sampai Setahun Kahwin, Nonny Nadirah Sah Bercerai

Hiburan

Tidak Sampai Setahun Kahwin, Nonny Nadirah Sah Bercerai

Status rumah tangga bekas peserta Akademi Fantasia, Nonny Nadirah sejak kebelakangan ini menjadi tanda-tanya selepas beliau tidak lagi memuat naik foto bersama suaminya, Mustain Adnan.

Advertisement

Dihimpit dengan pelbagai persoalan, Nonny akhirnya mengakui mereka sudah bercerai tetapi enggan mendedahkan tarikh perpisahan tersebut. Menurut Nonny, mereka sudah tidak lagi tinggal sebumbung sejak Oktober tahun lalu.

Mungkin sudah ditakdirkan jodoh kami tidak panjang. Tidak timbul isu orang ketiga, sebaliknya ia berpunca daripada kelemahan dan kekurangan diri masing-masing. Maaf, buat sementara waktu, saya belum bersedia untuk mendedahkan tarikh sebenar kami berpisah. Bukan ini jalan yang kami mahukan, tetapi kami tidak mampu melawan qada dan qadar.

Kami tidak boleh memaksa hati untuk meneruskan perkahwinan, bimbang nanti akan memudaratkan diri. Selepas membuat solat istikharah, saya mendapat petunjuk dan ini jalan yang terbaik buat kami berdua.

Belum setahun berkahwin, Nonny memberitahu keputusan untuk membawa haluan masing-masing bukan sesuatu yang mudah.

Siapa yang berkahwin untuk bercerai? Namun, saya tahu Allah sentiasa ada bersama dan Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kami berdua. Perpisahan ini juga membuatkan saya lebih dekat dengan Allah. Semua yang terjadi mengajar saya supaya lebih matang menangani setiap masalah dan berusaha membentuk diri ke arah yang lebih baik.

Nonny dan Mustain  mendirikan rumah tangga pada 18 Mac tahun lalu di Kota Kinabalu, Sabah, selepas sembilan tahun menyulam cinta.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...