Tidak Sampai Sebulan Guna, Peranti Pintar Jenama YES Tiba-Tiba Terbakar

Trending

Tidak Sampai Sebulan Guna, Peranti Pintar Jenama YES Tiba-Tiba Terbakar

Umum tahu telefon jenama YES adalah bantuan Jaringan Prihatin di bawah Belanjawan 2021 bagi mereka yang layak. Bantuan perkhidmatan data internet dan pembelian peranti mudah alih diberikan kepada golongan B40.

Namun, seorang warganet telah berkongsi cerita di mana peranti YES itu tiba-tiba terbakar dan masih tidak sampai sebulan menggunakannya.

Advertisement

“Terbakar sudah. Nasib ada dekat rumah. Kalau tak, mahu terbakar rumah. Anak buah tengah online PdPR menggunakan hp YES. Tiba-tiba je (sahaja) terbakar. Baru je (sahaja) dapat tak sampai sebulan. Sedih rasanya. Kepada pihak #YES sila bertanggungjawab”.

Telefon pintar jenama YES terbakar.

Menurutnya, dia akui trauma dan sehingga sekarang masih terkejut namun dia bersyukur kerana ketika kejadian, dia dan anak saudaranya berada di rumah.

Insiden itu turut mendapat perhatian dari Syed Saddiq. Beliau turut menyelar tindakan memberi telefon dengan kualiti rendah kepada pelajar yang menghadapi PdPR.

Advertisement

“Bagi telefon kualiti rendah sebab buruk sangka dengan pelajar kononnya mahu elak mereka main game. Akhirnya, telefon rosak. Yang susah, pelajar. Belanjalah lebih sedikit untuk pendidikan mereka. Kerajaan ada wang. Guna untuk pelajar”.

Malahan ada juga yang mengatakan peranti jenama YES tidak sesuai digunakan untuk para pelajar untuk menghadapi PdPR.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...