Pelakon, Nora Danish berkata dia bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh Diana Danielle yang mengatakan tidak perlu untuk merendahkan usaha seseorang yang ingin berubah ke arah kebaikan.
Nora berkata yang salah adalah apabila terdapat segilintir masyarakat yang suka menghukum.
Tidak salah mereka yang mencari hidayah Allah, tidak kira apa cara sekali pun. Yang salah bagi kita yang senang sangat menghukum.
Semua itu aturan-Nya, bila tiba masanya mereka inilah yang akan jadi lebih baik daripada kita.
Perkara ini telah dikongsikan menerusi sebuah hantaran yang telah dibuat di Instagram Storynya.
Pelakon itu turut berkata bahawa Allah melihat kualiti dan bukannya kuantiti seseorang yang mahu mengubah diri mereka menjadi insan yang lebih baik.