Pelakon, Keith Foo akui kerap mendengar ceramah tentang agama Islam untuk menambah ilmu pengetahuannya untuk menjadi individu yang lebih baik.
Memetik dari HibGlam, Keith Foo berpendapat bahawa tindakannya mendalami agama lain itu bukan satu isu yang besar sebaliknya ia memberi peluang kepada dirinya untuk mempelbagaikan ilmu.
Tidak salah mendalami agama lain sebab kita semua boleh belajar sesuatu dan ambil setiap perkara yang baik.
Pelakon itu turut berkata jika dia tidak faham mengenai sesuatu perkara dia akan bertanya kepada Riena.
Contoh ketika sambutan Maulidur Rasu, saya tanya Riena apa yang boleh dibuat untuk tambah pahala dan dia kata mungkin bersedekah. Jadi secara tak langsung saya dapat bantu golongan yang memerlukan dan gembira daoat buat perkara tu.
Dia turut menegaskan bahawa dia tidak risau akan pandangan orang ramai apabila terbuka berkongsi kemesraan dengan Riena menerusi akaun media sosial mereka.
Saya tidak kisah tentang negativiti kerana semua itu bukan boleh berlaku dalam hubungan sahaja tetapi wujud dalam apa jua keadaan.