Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tidak Salah Bercinta Dengan Pengurus Sendiri – Siti Nordiana

Digosipkan bercinta dengan pengurus sendiri sebelum ini, Siti Nordiana menganggap perkara itu tiada salahnya kerana ada  sahaja artis yang menjalinkan hubungan dengan pengurus mereka. Namun, ia tidak bermakna beliau sebegitu dan dakwaan terhadap dirinya itu adalah benar.

Advertisement

Jelas Nana, hubungan yang terjalin antara mereka berdua cuma biasa-biasa sahaja dan atas urusan kerja.

Memang tidak salah menjalinkan hubungan cinta dengan pengurus sendiri. Perkara tersebut memang terjadi dalam dunia hiburan.

Namun begitu, dakwaan yang mengatakan saya bercinta dengan pengurus adalah tidak benar. Hubungan yang terjalin antara saya dan pengurus cuma biasa-biasa sahaja. Tidak timbul perasaan yang lebih dari hubungan antara pengurus dan artis.

Nana juga enggan lagi mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan kerana tidak mahu gosip itu terus berpanjangan.

Dia menjaga saya semenjak tahun 2011 lagi. Saya lebih suka untuk tidak mengulas lanjut mengenai perkara itu dan mahu senyap sahaja bagi menutup mulut orang yang berkata-kata.

Biarlah Nana hendak bercinta dengan sesiapa pun, dah lama juga beliau solo dan tidak salah untuk mencari seorang lelaki sebagai teman hidup dan ayah kepada anaknya. Doakan yang terbaik buat Nana.

Sumber Berita: Astro Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top